Pertemuan Catur Dengan Aku

Jun 29, 2007

Pernah saudara dengar permainan ‘chess’ atau dikenali juga sebagai ‘catur’? Mahir dalam permainan tersebut? Rakan sebilik saya yang bernama Wan amat gemar bermain permainan ini.

Sehinggakan beliau mempunyai sebuah buku tersendiri yang mengajar pembacanya untuk mengatur strategi dan taktik dalam permainan tersebut.

Di awal perkenalan kami berdua, saya dengan nada berlagak bercampur gurau sengaja mencabar beliau dalam permainan ‘chess’.

Apabila saya mendapat tahu beliau sudah berkali- kali mewakili universiti dalam perlawanan catur, saya terkedu sebentar.

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Rupanya saya sudah silap ‘pancing’ lawan. Baca baki entri ini »


Coretan Daripada Si Jaga

Jun 29, 2007

Empat malam yang lalu, saya berpeluang menyelinap keluar dari universiti dan menghabiskan sisa malam tersebut dengan membaca buku di sebuah restoran mamak yang terletak di Taman Melati dari pukul 12:40 malam sehingga 4 pagi.

Alhamdulillah, buku yang baru dibeli habis dibaca dalam masa satu malam. Bosan menunggu sahaja di restoran tersebut, saya pun beredar dan merayau seorang diri tanpa tujuan di sekitar kompleks kedai yang berhampiran.

Sedang berjalan, saya bertemu dengan seorang jaga yang sedang membetulkan walkie- talkie beliau. Lantas, saya menyapa abang jaga tersebut dan memperkenalkan diri.

Agaknya beliau keseorangan, tanpa teman seperti saya, perbualan kami berakhir pada pukul 6:15 pagi.

Macam- macam yang kami bincangkan. Abang jaga ini bernama Azhari (bukan nama sebenar) berumur 34 tahun dan baru berkecimpung dalam kerja ini selama setahun lebih menjaga premis kedai di Taman Melati.

Pertemuan pada malam tersebut mengajar saya erti sebenar apakah yang dimaksudkan seorang ‘jaga’. Baca baki entri ini »


Bagaikan Roda Yang Berputar

Jun 28, 2007

“Hidup ini umpama roda yang berputar. Sekejap kita di atas, sekejap lagi kita di bawah.”

Pernah saudara terdengar kata- kata di atas sebelum ini? Dapat tangkap mesej dari kenyataan tersebut? Pada pendapat saya, nasib kita ini tidak selalunya elok. Ada kala kita bernasib baik, ada kala kita menerima nasib sebaliknya.

Pada minggu ini sahaja, lima buah berita saya ditolak oleh editor. Daripada tujuh yang dihantar, hanya dua sahaja yang diterima masuk. Saya sudah bekerja di pejabat ini hampir setahun, inilah kali pertama saya menerima tamparan sehebat ini dalam dunia penulisan. Baca baki entri ini »


Demam Seorang Budak Taska

Jun 28, 2007

Hazwan (bukan nama sebenar) sudah empat hari tidak mandi, bukan sebab tidak mahu mandi tetapi ditegah oleh ibu bapa beliau kerana menghidap demam. Sesampai sahaja di taska ibu saya, ibu Hazwan berkata “Mandikan dia, kak. Sudah empat hari Hazwan tidak mandi.”

Hazwan merupakan seorang budak berumur lima tahun dan merupakan anak tunggal kepada pasangan Herman (bukan nama sebenar) dan Lina (bukan nama sebenar) yang membuka bisnes sendiri di ibu kota.

Saya tidak tahu mengapa seorang budak berusia lima tahun yang sedang demam tidak dibenarkan mandi selama empat hari… Saya melayari Internet mencari segala cabang ilmu tentang demam. Alhamdulillah, pencarian saya berakhir dalam masa yang singkat sahaja. Baca baki entri ini »


Bisnes di Usia 13

Jun 26, 2007

Malam tadi, sewaktu saya sedang enak menjamu selera bersama rakan- rakan, kami disapa oleh seorang makcik menjual kuih.

Berusia pada lingkungan lewat 30- an, beliau menyapa setiap orang yang sedang makan untuk membeli kuih.

Saya hanya nampak kerepek dan kuih bahulu dari karung plastik yang beliau bawa. Dalam kepala saya berfikir, bukan semua orang memiliki keberanian untuk mengadakan jualan langsung dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Saya juga mempunyai pengalaman seperti makcik tersebut, pernah bergerak dari satu meja makan ke meja yang lain, merasa betapa peritnya untuk mendapatkan seorang pelanggan membeli kerepek pisang dan kuih bahulu. Baca baki entri ini »


Aku, Perempuan Dan Dot, Dot, Dot

Jun 26, 2007

Apakah reaksi kali pertama saudara/ saudari melihat wajah saya? Di kalangan kawan- kawan, ada sesetengah daripada mereka memanggil saya “Mat Jambu”, “Player” dan “Playboy”.

Kadang- kadang, saya ketawa apabila mereka menggelar saya dengan nama tersebut, tetapi kalau acap kali kami bertemu dan nama itu sahaja yang keluar dari mulut mereka… Rimas saya dibuatnya.

Mungkin anugerah pancaindera pemberian Tuhan yang menyebabkan mereka memanggil saya sebegitu. Ramai orang berpendapat muka kacak atau lawa mempunyai ramai ‘peminat’. Terpulang kepada saudara/ saudari untuk meletakkan saya di kedudukan yang ramai ‘peminat’ ataupun tiada ‘peminat’.

Semua gelaran tersebut membawa saya mengingati detik- detik lucu yang terjadi di antara hidup saya dan dunia wanita. Barangkali, saudara/ saudari akan ketawa sendiri sewaktu membaca entri ini. Baca baki entri ini »


Aku Ni Cacat Ke?

Jun 25, 2007

Kadang- kadang saya berjalan di sekitar kaki lima di bandaraya Kuala Lumpur, saya ternampak beberapa orang kurang upaya meminta sedekah. Ada yang duduk dan mengharap belas ihsan masyarakat, ada yang menyanyi di depan pintu kompleks membeli- belah dan macam- macam ragam lagi yang boleh saya temui.

Saya lihat pada mereka, dan saya lihat pada diri saya sendiri. Kemudian saya bertanya, ‘Aku ni cacat ke?” Sehingga kini, saya masih mencari jawapan untuk persoalan itu. Baca baki entri ini »


Kisah Seorang Game Addict

Jun 23, 2007

Hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum adik saya yang kedua, Alham masuk ke Universiti Putra Malaysia (UPM). Maksudnya tinggal tujuh hari sahaja lagi untuk beliau meluangkan masa bersama kami sekeluarga.

Akhir- akhir ini, saya melihat beliau begitu asyik bermain sebuah permainan koputer yang pernah beliau kutuk dahulu, DOTA. DOTA (Defense of the Ancient) adalah permainan komputer di mana pihak yang baik menentang pihak yang jahat berbekalkan strategi dan alatan magis masing- masing untuk menang.

Sewaktu Alham di Pusat Matrikulasi Gambang, Pahang beliau sekadar balik sekali sebulan ke rumah kerana jarak yang jauh. Apabila beliau balik dan ternampak saya bermain DOTA, dahi beliau akan berkerut dan meninggalkan saya bermain permainan ini seorang diri.

Membawa makna beliau tidak mengerti akan DOTA. Walau bagaimanapun, kini beliau sanggup mengorbankan masa tidur semata- mata untuk bermain DOTA.

Kadang- kadang, waktu siang pun main juga. Adik saya yang ketiga, Adib memegang tugas sebagai cikgu semasa Alham bermain permainan itu. 

Agaknya beliau sedang bercuti, maka sebab itulah Alham begitu asyik bermain DOTA. Melihatkan perangai beliau sekarang, saya terasa seperti melihat diri saya sendiri sewaktu berada di Tingkatan 3, yakni enam tahun yang lalu. Baca baki entri ini »


‘Puteri’ Yang Tercicir

Jun 23, 2007

Malam tadi, berlaku sebuah kejadian yang saya harap tidak akan berlaku kepada saya atau pun sesiapa sahaja. Kejadian di mana dua orang ‘puteri’, seorang berumur 6 tahun dan seorang lagi baru hendak menyambut hari lahir beliau bulan depan ‘tertinggal’ di taska ibu.

Ain dan Wani nama mereka. Malam tadi, kedua- dua mereka tinggal di taska ibu saya hampir dua jam lamanya tanpa menjamah sebarang makanan. Semuanya gara- gara ibu mereka terpaksa menghadiri majlis makan bersama rakan sekerja manakala si ayah pula pergi ke majlis ilmu di masjid sehingga terlupa mengambil anak kesayangan mereka. Baca baki entri ini »


PDAJ: Sebuah Pengenalan

Jun 22, 2007

PDAJ ataupun dikenali sebagai Pusat Didikan Ahlul Jannah ialah sebuah tadika dan taska yang diusahakan oleh ibu saya beserta 3 orang pekerja beliau. Berumur setahun setengah, PDAJ mampu menarik 40 orang kanak- kanak berusia 2- 6 tahun datang dan belajar. Tahniah mak!

Di dalam usaha mendidik dan menjaga anak- anak yang masih kecil dan comel, saudara/ saudari memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan bukan semua orang boleh melakukannya.

Emak memberitahu seorang rakan beliau pernah berkata sebegini “Eh Paridah (nama ibu saya), U boleh ye jaga budak- budak ni? Kalau I, mati budak- budak ini I kerjakan” Itulah kata- kata yang diucapkan oleh rakan ibu, yang menjadi bukti kukuh tidak semua orang layak menjaga dan mendidik kanak- kanak. Baca baki entri ini »