Tekanan Seorang Tutor

Julai 2, 2007

Sedar tidak sedar, kita sudah pun memasuki bulan Julai di dalam tahun 2007. Maka, sudah genap setahun dan enam bulan saya menjadi tutor kepada adik- adik dan sepupu saya. Saya memulakan kerjaya sebagai seorang tutor yang mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik.

Kini, beban sudah bertambah. Emak mengarahkan saya mengajar adik saya yang keempat, Aqil subjek Sains. Dengan masa yang tinggal kurang daripada tiga bulan sebelum peperiksaan UPSR bermula, saya harap saya mampu mengajar adik saya sebaik mungkin.

Kalau hendak diikutkan hati, sudah lama saya ingin berhenti daripada tugas berat ini. Setiap kali saya ingin mengajar, adik- adik saya akan berpura- pura tidur, makan, sakit perut dan macam- macam ragam lagi yang mereka lakukan semata- mata untuk mengelak kelas tuisyen. Baca baki entri ini »


Peringatan Untuk Blogger

Julai 2, 2007

Baru- baru ini, saya telah mengunjungi blog seorang rakan. Tidak sangka, setelah saya menunggu berbulan- bulan lamanya baru minggu lepas beliau mengemas kini blog beliau.

Sebuah entri yang terletak di atas sekali menyatakan begini : Kawan aku tegur… “Wei Jai (bukan nama sebenar). Bile lagi ko nak update blog ko nie…Aku baca blog ko, best pulak crite2nye…jgn biarkan ianye terkubur ye…” Huhu…okay my fren… hari ni permintaan ko aku tunaikan.

Rasa seperti sayalah yang membebel dialog tersebut kepada beliau. Sama ada saya atau orang lain, itu bukan isu utama. Saya lebih berminat untuk berkongsi cerita dengan saudara tentang blog. Baca baki entri ini »


Disakat Makhluk Halus

Julai 2, 2007

Sejak kebelakangan ini, pelbagai syarikat perfileman dari dalam dan luar negara sibuk menayangkan filem- filem seram. Ada cerita seram dari Asia diangkat menjadi cerita seram dan ditayangkan di dunia Hollywood dalam versi mereka.

Dalam bentuk lain seperti CD dan VCD, bersepah cerita seram yang kita boleh jumpa di pasaran. Media tempatan seperti TV3 juga sedang rancak menayangkan cerita seram. ‘Susuk’, ‘Nek Nak’ adalah contoh daripada ribuan cerita seram yang kita boleh tonton.

Saya masih ingat ketika berusia 7 tahun, saya menonton sebuah filem seram dari Indonesia bertajuk ‘Misteri Mak Lampir’. Kalau tidak salah, filem tersebut adalah lakonan Suzanna. Saya pun tidak ingat siapa yang gatal sangat pergi pasang filem tersebut. Baca baki entri ini »