Tension! Tension! Tension!

Julai 4, 2007

Kerja, kerja, kerja, rupanya cuti saya sudah hampir habis. Minggu depan, bermulalah semester baru. Tibalah masa untuk belajar. Setelah dikira- kira, saya pun tidak pasti entah berapa hari saya gunakan untuk bercuti.

Tension! Tension! Tension!” Itulah kata- kata yang saya boleh ungkapkan untuk masa ini. Sudahlah cuti terpaksa dikorbankan, masa, tenaga dan duit sudah banyak ‘dilaburkan’ semata- mata untuk menyiapkan kerja di pejabat.

Rakan yang menolong saya menyiapkan kerja sudah mula tidak tahan dengan perangai orang atasan kami. Biarlah saya panggil beliau Wan. Sedangkan saya yang melakukan tugas yang lebih banyak dan berat tidak membebel banyak seperti beliau.

Agaknya, kesabaran Wan telah pun mencapai tahap maksimum.

Agaknya Wan sudah tidak tahan dengan kerenah birokrasi orang atasan, terkeluar dari mulut beliau kata- kata sebegini “Kalau aku, nak je aku tumbuk muka dia lepas itu aku terus berhenti dari kerja ni.” Sabar Wan, sabar. Baca baki entri ini »