Malam tadi, saya menolong ibu saya membalut hadiah untuk diberikan kepada pelajar di taska beliau. Emak membalut hadiah dari pukul 8:30 malam dan berakhir pada pukul 12 malam.
Biasanya, ibu akan menyuruh saya memicit anggota badan beliau setiap kali saya pulang ke rumah. Jangka masa untuk saya memicit biasanya 20 minit, malam tadi mencecah 40 minit saya picit mak.
Lenguh juga tangan saya dibuatnya, tapi sekejap sahaja. Kadang- kadang sambil memicit emak, fikiran ini bertanya sendiri “Kenapalah eak tak nak beli kerusi urut sahaja? Ada Ogawa, ada LG, boleh urut badan selalu.”
Agaknya kami masih tidak mampu untuk membeli sebuah kerusi urut, itulah faktor utama mengapa ibu tidak mahu membeli kerusi urut. Saya pernah ajukan soalan ini kepada beliau, dan beliau mengatakan rasa picitan daripada sebuah mesin dan daripada anak sendiri, lain rasanya. Baca baki entri ini »
Dikirim oleh writerdruid