Penindasan Berleluasa!

Julai 9, 2007

Setelah hampir dua tahun ibu berhenti kerja daripada menjadi pegawai bank di salah sebuah bank terkemuka di negara ini, minggu lepas beliau menerima panggilan daripada seorang kenalan memberitahu mereka bakal mendapat bonus.

Sepatutnya ibu mendapat bonus RM18,000, namun jumlah yang bakal beliau peroleh adalah 3 kali ganda lebih kecil daripada angka tersebut. Rakan- rakan ibu yang lain berkongsi nasib yang serupa.

Antara faktor- faktor yang menyebabkan ibu membuka taska adalah kerana selama 3 tahun beliau tidak mendapat apa- apa bonus.

Seorang rakan saya, Sabri (bukan nama sebenar) yang bekerja di salah sebuah syarikat akhbar tempatan di negara ini sudah bertahun- tahun lamanya beliau bekerja tanpa bonus.

Apabila ditanya sebab beliau tidak mendapat bonus, Sabri memberikan jawapan yang sama seperti apa yang ibu saya cakapkan, tidak mendapat bonus kerana masalah pentadbiran orang atasan. Baca baki entri ini »