Peguam Menyuntik Picagari Semangat

Julai 11, 2007

Semalam, saya telah menemubual seorang bakal peguam di pejabat. Janji pukul 2.30 petang, beliau tiba 2.29 petang. Memang patut jadi peguam, berdisplin.

Elok sahaja kalau saya namakan beliau Sahara sahaja. Beliau meminta saya merahsiakan nama sebenar kerana beliau merupakan seorang yang tidak suka publisiti besar- besaran. Hebat!

Temu bual yang saya jangkakan mengambil masa 20 minit sahaja, berlarutan sehingga 40 minit. Agaknya saya ini seorang yang ‘buta’ undang- undang, sebab itulah lama. Saya hampir tidak dapat menangkap apa yang Sahara bicarakan.

Moralnya, lain kali buat selidik sedikit sebelum menemubual orang. Takut hilang macam saya tadi. Nasib baik saya sudah membuat rakaman awal- awal.

Setelah habis temu bual, beliau berkata sesuatu yang membuatkan saya terpegun seketika. Baca baki entri ini »