Publisiti? Perlu Ke?

Julai 12, 2007

Semalam, saya menemu bual rakan saya, Sahara (bukan nama sebenar) berkenaan pertandingan mooting yang beliau sertai di negara kangaroo.

Sebelum pertandingan tersebut bermula, majlis minum petang telah diadakan pada bulan Februari tahun ini bagi menaikkan semangat peserta untuk memenangi pertandingan yang bakal mereka sertai.

Sewaktu kami berbual bicara mengenai pertandingan yang beliau sertai, terpacul dari mulut saya kata- kata sebegini “Kalau you guys berjaya ke sana, dapat rank kedua daripada 17 buah universiti yang menyertai kenapa tiada publisiti?”

Sahara menjawab “Ala, kitorang cuma lepas sampai ke quarter final sahaja. Lagipun pertandingan ini kecil sahaja. Bukan besar pun.” Baca baki entri ini »