Cari Durian, ‘Benda’ Lain Pula Yang Jumpa

Julai 13, 2007

Semalam saya telah menghadiri sebuah program di universiti. Sebelum acara bermula, para tetamu dihidangkan dengan makanan dahulu.

Akibatnya, kebanyakan tetamu atau pun pelajar yang datang hanya untuk mendapatkan makanan percuma sahaja.

Sedang saya sibuk menjamu selera, salah seorang pegawai perhubungan awam, Abang Iskandar (bukan nama sebenar) bercerita mengenai pengalaman beliau menyertai program anjuran UIA.

“Pagi tadi kitorang ada program sukaneka kat FRIM. Sebab tu pakai baju sukan lagi ni.”

“Memang best, ada titi gantung. Lepas tu kami lumba panjat bukit, masuk hutan. Ada sungai, tapi kitorang tak sempat nak mandi. Masa terhad. Tak sangka, kat FRIM pun ada menyediakan perkhidmatan penginapan juga.”

Seorang lagi staff UIA, Abang Muaz (bukan nama sebenar) yang duduk bersama kami, khusyuk mendengar cerita Abang Iskandar.

“Tapi ada sebuah tempat yang saya pergi dulu lagi best. Chalet di kelilingi pokok durian, bang,” kata Abang Iskandar. Baca baki entri ini »