Sewaktu saya pergi menonton filem Transformer bersama adik- adik minggu lepas, terserempak pula dengan rakan sekolah menengah. Tidak sangka ye Elya, badan saudara masih kecil seperti dulu. Samalah kita.
Melihat wajah beliau, saya teringat memori semasa di bangku sekolah dahulu. Ketika saya berusia 16 tahun, guru kelas telah melantik saya menjadi pengawas sekolah. Dan di dalam kelas, hanya saya seorang bertugas sebagai pengawas sekolah.
Memakai baju hijau lengan panjang, memang panas. Blazer yang dibeli bersama- sama pakaian pengawas sepatutnya dipakai setiap hari Isnin. Namun, saya hanya memakai blazer tersebut sekali sahaja.
Iklim di Malaysia adalah iklim khatulistiwa, di mana negara ini menerima hujan dan panas yang banyak sepanjang tahun. Badan saya pula jenis yang cepat berpeluh, memang mandi peluh seandainya saya menyarungkan blazer tersebut.
Kalau orang lain memanggil saya pengawas sekolah, rakan- rakan sekelas memanggil saya dengan nama “Pengganas! Pengganas!” Guru Bahasa Malaysia, Puan Julilah juga memanggil saya dengan nama tersebut. Baca baki entri ini »
Dikirim oleh writerdruid