Kesibukan Bertambah, Tekanan Sifar

Julai 20, 2007

Pernah melihat filem “Singapura Dilanggar Todak”? Dapat saudara gambarkan bagaimana huru- haranya keadaan Singapura  ketika itu apabila diancam ikan todak? Semuanya kelam- kabut bukan?

Hari ini sememangnya suatu hari yang memenatkan, dan kacau- bilau. Itulah jawapan yang boleh saya berikan, jawapan yang boleh saya gambarkan mengenai keadaan di pejabat saya hari ini.

Masakan tidak kacau- bilau, pada hari esok UIAM akan menerima kehadiran Sultan Pahang. Untuk acara apa? Untuk program kolokium bersempena menyambut 50 tahun kemerdekaan negara.

Memang kelam- kabut hari ini, saya melihat pekerja- pekerja senior di sini berlari ke sana- sini.Sekejap berlari ke mesin faks, sekejap lagi berlari ke mesin photostat. Panggilan telefon tidak henti- henti berdering dari pagi sehingga ke petang. Baca baki entri ini »