Lelaki Didominasi Wanita

Julai 23, 2007

Tengah hari tadi, saya pergi ke sebuah pusat tuisyen di UIAM sekadar jalan- jalan dan meninjau ap yang ada di sana. Ternampak pula iklan untuk menyertai pertandingan menulis esei anjuran pusat tuisyen tersebut.

Rasa berminat pula untuk menyertai. Pertandingan tersebut terbuka kepada semua pelajar ijazah UIAM, dan kertas pendaftaran mesti diisi oleh setiap peserta yang ingin mengambil bahagian.

Saya sengaja buat- buat menyibuk untuk melihat jumlah peserta yang telah mendaftar di dalam pertandingan menulis itu. Lega juga melihat kerana hanya 18 pelajar sahaja sehingga tengah hari tadi.

Benar, jumlah ini boleh meningkat pada bila- bila masa sahaja. Rasa lega kerana harap tidak mempunyai persaingan sengit, senang sikit hendak menang hadiah. Hehehehe…

Daripada 18 peserta, hanya seorang sahaja lelaki yang mendaftar. Baki lagi 17 pelajar adalah didominasi oleh golongan wanita. Mana perginya spesies saya ini? Tidak mungkin sudah pupus. Baca baki entri ini »