Cuma tinggal beberapa jam sahaja sebelum program BMW Shorties Screening bermula esok. Saya yang menjaga bahagian Protokol dan Jemputan mula terasa penatnya.
Sudah beberapa hari saya tidak mendapat tidur yang cukup, akibat daripada penangan kerja yang diberikan pensyarah, berita yang saya perlu siapkan untuk dihantar kepada editor dan kerja untuk program ini.
Makan, tidak usah cerita. Memang saya tidak menjaga pemakanan saya sejak bermulanya program ini. Disebabkan kerja, biasanya saya lebih rela membiarkan perut ini bersiul meminta makanan.
Tugas sebagai Ketua Protokol dan Jemputan bukan suatu tugas yang mudah. Walaupun hanya bertugas sebagai menjemput sahaja, ternyata ia benar- benar menduga kesabaran saya. Baca baki entri ini »
Dikirim oleh writerdruid