Setelah empat bulan saya dan rakan yang lain berhempas- pulas mengeluarkan keringat, masa dan wang demi menjayakan program ini, akhirnya tamat jua program ini.
Kenangan manis dan pahit semasa program, terlalu banyak untuk diceritakan, terlampau kompleks untuk digambarkan.
Program kami yang berjalan selama dua malam berturut- turut, menemukan saya dengan teman- teman baru.
Teman yang datang dari jurusan yang berbeza, yang tinggal di kolej yang berbeza, namun datang dan berkumpul dengan satu semangat yang sama iaitu untuk mencipta kejayaan bagi program ini.
Mengambil dan bertukar nombor telefon? Hehehe, itulah pertanyaan dari rakan sebilik saya. Ahli jawatan kuasa yang lain ada yang buat sebegitu tetapi saya tidak sempat buat sedemikian. Sibuk sedikit.
Pengalaman pada malam pertama program, kami menerima ujian yang tidak diduga sama sekali. Program seumpama ini merupakan yang pertama di UIAM.
Rasa bangga pun ada namun masalah biasanya timbul pada hari pertama program. Baca baki entri ini »
Dikirim oleh writerdruid