Ogos 29, 2007
Hari ini, merupakan hari terakhir untuk Pesta Konvokesyen (CONVEST) di UIAM berlangsung.
Upacara konvokesyen ke- 23 pada tahun ini berlangsung di Pusat Kebudayaan Utama (CAC) telah bermula pada hari Sabtu (25.8.2007) dan berakhir pada hari Isnin (27.8.2007).
Manakala CONVEST pula dijalankan selama enam hari dan sehingga kini saya masih tidak menjejakkan kaki ke Bukit Convest lagi. Mengapa? Baca baki entri ini »
3 komen |
Cerita Teman |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Ogos 28, 2007
“Wargh!” Sergahan daripada Si Pengacau, itulah yang saya terima sewaktu menunggu keluarga keluar dari perkarangan KLIA.
Setelah memandu hampir 100 kilometer, mata berat untuk dibuka, kaki terasa penat untuk bergerak. Maka, saya ambil keputusan untuk tidur sementara menunggu.
Tidak sangka, mimpi saya diganggu oleh Si Pengacau dan kemudian beliau lari menyelamatkan diri. Sedar sahaja, ibu, adik- adik, nenek dan, ibu saudara sudah pun sampai.
Sepanjang perjalanan pulang, kami bercerita dan mendengar pengalaman orang yang telah melakukan umrah, dan perubahan yang berlaku di kota Mekah dan Madinah. Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
Kisah Hidup |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Ogos 24, 2007
Pejam celik, pejam celik tidak sangka hari Ahad ini ibu dan adik- adik akan tiba di Malaysia. Hanya pergi selama dua minggu, terasa benar kejapnya.
Dalam masa dua minggu ini, kebanyakan masa diisikan dengan meluangkan masa bersama rakan- rakan sekuliah.
Jarang sungguh untuk saya melakukan perkara sedemikian, namun itulah yang terjadi sepanjang ketiadaan ibu.
Minggu lepas apabila saya pulang ke rumah, masuk dan memberi salam, tiada sesiapa yang menyahut panggilan. Kosong tanpa sesiapa, rasa sunyi saudara. Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
Kisah Hidup |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Ogos 23, 2007
Pada hari Ahad yang lalu, tarikh 19 Ogos 2007 saya telah menghadiri program bersama penulis buku anjuran syarikat PTS Publication bertempat di Kedai Buku MPH, Mid Valley.
Kali ini, PTS membawa dua orang penulis; Tuan Shamsuddin Kadir dan Tuan Sunthara Segar.
Seorang memberikan tips- tips yang berguna tentang membuat duit melalui kaedah rumah sewa manakala Tuan Sunthara pula membawa topik unit yayasan amanah saham.
Saya hadir bersama mentor saya bersama seorang professor kecil sci- fi (science fiction), Firdaus Ariff nama beliau.
Baru sahaja dua tidak sampai lima minit, professor kecil ini bertanya saya “Aliff, sudah buat proposal untuk membuat buku belum? Idea yang aku beritahu kau hari tu macam mana?”
Tiba- tiba, mentor saya pun menyampuk “Ha! Bila kau nak buat? Proposal tentang buku apa itu?” Baca baki entri ini »
1 Komen |
Kisah Hidup |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Ogos 21, 2007
Kali terakhir saya keluar lewat malam adalah pada tiga tahun yang lalu, iaitu ketika saya baru menjejak kaki ke matrik. Jangan risau, saya keluar bersama ibu saudara saya.
Bukan mudah untuk saya mendapat peluang keluar lewat malam, apabila berkesempatan barulah dapat peluang sebegini. Hakikatnya, memang susah untuk keluar malam.
Ibu memang tidak akan membenarkan saya keluar lewat malam, kata beliau kadar jenayah adalah lebih tinggi berlaku pada waktu malam berbanding di siang hari.
Memang benar kata- kata tersebut. Kajian di Eropah menunjukkan jenayah lebih tinggi pada waktu malam, lebih- lebih lagi sewaktu bulan mengambang.
Namun disebabkan sudah tiga tahun tidak keluar, akhirnya saya keluar juga minggu lepas. Jalan- jalan pada waktu malam dan apabila perut lapar, kami singgah untuk makan. Nasib baik mak cik yang memandu kereta, jimat minyak. Hehehehe.
Setibanya kami di sana, mak cik memesan mee goreng basah, teh O ais dan keropok lekor. Jam menunjukkan pukul 2 pagi, namun bilangan pengunjung yang hadir macam pukul 2 petang pula. Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
Kisah Hidup |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Ogos 20, 2007
Kalau dahulu, saya bekerja di bawah tunjuk ajar seorang seorang bos di pejabat perhubungan awam UIAM.
Kini, adakalanya saya menolong editor, membantu mentor untuk menyiapkan kerja yang mudah mengenai majalah universiti.
Saya dibayar untuk melicinkan perjalanan kerja bagi seorang bos, namun sekarang perkara lain yang terjadi.
Mungkin ada sesetengah orang akan berkata “Buat apa nak tolong lebih- lebih? Engkau dibayar untuk menolong seorang bos sahaja.”
Benar, namun apabila saya fikirkan kembali biarlah apa yang saya lakukan ini diberi balasan oleh Tuhan sahaja.
Sekiranya manusia tidak dapat membayar, biarlah Tuhan sahaja yang melunaskan kerja tersebut.
Terdapat kronologi yang panjang mengenai tuan editor ini. Kalau dahulu, secara jujurnya saya memang tidak suka beliau. Biarlah saya panggil beliau Encik Shamsul (bukan nama sebenar). Baca baki entri ini »
2 komen |
Tokoh |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Ogos 17, 2007
Hari ini beberapa orang hakim telah datang ke UIAM, datang untuk mengadili sama ada kampus ini layak untuk diberikan Anugerah Kualiti Perdana Menteri untuk tahun ini.
Saya tidak pasti berapa orang hakim yang datang, namun jumlah hakim yang hadir mampu menyebabkan semua orang di tempat kerja saya lesap. Apa pun, terdapat lapan orang hakim yang mengetuai hakim- hakim yang lain.
Galeri yang menempatkan info dan gambar- gambar sejarah UIAM, tidak pernah wujud sebelum ini, tiba- tiba tersergam indah sewaktu saya berjalan ke kelas pagi tadi.
Penuh dengan pelbagai jenis flora yang berwarna- warni.
Nampaknya, pihak UIAM meletakkan usaha yang bersungguh- sungguh demi memiliki piala tersebut. Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
Kisah Hidup |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Ogos 16, 2007
Sewaktu menemani mentor saya membeli laptop baru beliau di Low Yat Plaza, mata saya melilau, meninjau keadaan persekitaran di sana.
Melihat harga PDA (Personal Digital Assistant) di situ, rasanya saya perlu belajar bagaimana untuk mendapatkan barang tersebut suatu hari nanti.
Melihat harga yang melebihi RM1500, membuatkan saya tertelan air liur sekejap. Duit yang ada sekarang, 70 peratus adalah hasil pinjaman PTPTN yang perlu dibayar semula. Baki 30 peratus adalah duit hasil daripada tuisyen dan kerja menulis.
Difikirkan semula, saya pun tidak tahu entah bila saya akan dapat membeli PDA tersebut. Cita- cita untuk mempunyai sebuah PDA sendiri hancur lebur apabila melihat harga barang tersebut jauh daripada jumlah yang ingin saya peruntukkan. Baca baki entri ini »
1 Komen |
Kisah Hidup |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Ogos 14, 2007
Semalam, saya menghantar tiga orang adik dan ibu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi menunaikan umrah selama 14 hari. Kemudian menghantar pula adik yang kedua kembali ke Universiti Putra Malaysia.
Sebelum ibu dan adik- adik berlepas, tidak sangka pula air di kelopak mata bergenang sahaja. Saya tidak tahu mengapa, tetapi terasa berat untuk melepaskan ibu dan adik- adik berangkat menunaikan ibadah kepada Tuhan.
Seorang rakan saya berkata “Air mata lelaki mahal.” Benarkah sebegitu?
Selama tiga jam saya memandu kereta dan hanya berhenti sebentar selama lima minit untuk berehat, nasib baik kereta ibu adalah jenis automatik. Kalau manual, mungkin perjalanan semalam menjadi suatu pengalaman yang amat memenatkan. Baca baki entri ini »
5 komen |
Kisah Hidup |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Ogos 10, 2007
Terus- terang saya katakan, saya berasa sedih sekali sewaktu menghasilkan coretan ini…
Rakan saya yang bekerja di sebuah tempat kerja yang terkemuka di ibu kota kehilangan kerja.
Beliau sanggup menghabiskan duit simpanan beliau yang terakhir, turun dari Perlis ke Kuala Lumpur semata- mata untuk mencari rezeki.
Akhirnya, kehilangan pekerjaan untuk berkarya atas sebab yang tidak boleh dijelaskan. Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
Cerita Teman |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid