RSS

Pengajaran Keluar Lewat Malam

21 Ogo

Kali terakhir saya keluar lewat malam adalah pada tiga tahun yang lalu, iaitu ketika saya baru menjejak kaki ke matrik. Jangan risau, saya keluar bersama ibu saudara saya.

Bukan mudah untuk saya mendapat peluang keluar lewat malam, apabila berkesempatan barulah dapat peluang sebegini. Hakikatnya, memang susah untuk keluar malam.

Ibu memang tidak akan membenarkan saya keluar lewat malam, kata beliau kadar jenayah adalah lebih tinggi berlaku pada waktu malam berbanding di siang hari.

Memang benar kata- kata tersebut. Kajian di Eropah menunjukkan jenayah lebih tinggi pada waktu malam, lebih- lebih lagi sewaktu bulan mengambang.

Namun disebabkan sudah tiga tahun tidak keluar, akhirnya saya keluar juga minggu lepas. Jalan- jalan pada waktu malam dan apabila perut lapar, kami singgah untuk makan. Nasib baik mak cik yang memandu kereta, jimat minyak. Hehehehe.

Setibanya kami di sana, mak cik memesan mee goreng basah, teh O ais dan keropok lekor. Jam menunjukkan pukul 2 pagi, namun bilangan pengunjung yang hadir macam pukul 2 petang pula.

Kami hanya dapat air dan keropok lekor. Tunggu dan terus menunggu, sudah hampir jam 2.30 pagi. Perut sudah mula berbunyi, akhirnya makanan pelanggan yang datang lewat daripada kami sampai dahulu.

Perkara sebegini selalu terjadi di gerai makanan yang mempunyai pelanggan yang ramai ditambah dengan faktor jumlah tukang masak dan pelayan yang rendah.

Setelah pelanggan yang tiba lewat dan mendapat makanan lebih awal daripada kami, pelayan yang mengambil order kami hanya duduk diam membatukan diri.

Seeloknya, beliau datang dan bertanyakan kepada pelanggan tentang makanan yang telah dipesan. Ambil berat permintaan pelanggan yang datang, mereka membayar gaji anda.

Cuba renungkan pepatah Cina yang berbunyi begini “Seekor burung layang- layang tidak akan memahami pemikiran seekor angsa.”

Saya harap pelayan mengambil berat akan permintaan setiap pelanggan yang hadir, supaya mutu servis dapat dikekalkan pada tahap yang terbaik. Sekiranya mereka tidak dapat makanan, rajin- rajinlah bertanya. 

Nasib baik pada waktu tersebut, saya hanya memesan air sahaja. Maka, muka ibu saudara saya bertukar masam mencuka disebabkan insiden tersebut. Dengan air yang tidak habis, kami membayar dan berlalu meninggalkan gerai tersebut.

Kalau saya di tempat beliau, mungkin saya akan bertindak sama seperti beliau. Dengan perut yang lapar, kejadian seperti itu hanya akan memburukkan keadaan sahaja.

Agaknya, inilah pengajaran yang Tuhan berikan kerana keluar lewat malam tanpa restu daripada ibu. Mak, minta ampun ya…    

 

Perihal writerdruid

Mohd Aliff Bin Mohd Nor dilahirkan pada 22 November 1986. Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Komunikasi Massa: Media Cetak) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kini beliau bekerja sebagai penerbit rancangan di salah sebuah radio di bawah RTM di samping membuat beberapa kerja sambilan termasuklah menulis untuk menjana pendapatan dan membuat bengkel training tentang publisiti percuma di media.
Leave a comment

Posted by di Ogos 21, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.