RSS

Memori dari Tanah Haram

28 Ogo

“Wargh!” Sergahan daripada Si Pengacau, itulah yang saya terima sewaktu menunggu keluarga keluar dari perkarangan KLIA.

Setelah memandu hampir 100 kilometer, mata berat untuk dibuka, kaki terasa penat untuk bergerak. Maka, saya ambil keputusan untuk tidur sementara menunggu.

Tidak sangka, mimpi saya diganggu oleh Si Pengacau dan kemudian beliau lari menyelamatkan diri. Sedar sahaja, ibu, adik- adik, nenek dan, ibu saudara sudah pun sampai.

Sepanjang perjalanan pulang, kami bercerita dan mendengar pengalaman orang yang telah melakukan umrah, dan perubahan yang berlaku di kota Mekah dan Madinah.

Ibu berkata, musim ini adalah musim panas di sana.Suhu mencecah sama ada 43 darjah Celcius atau 44 darjah Celcius. Patutlah saya menemui jumlah pelancong Arab yang ramai di Malaysia baru- baru ini.

Mereka lari daripada bahang di negara mereka, agaknya. Sewaktu Rasulullah SAW dikejar oleh penduduk Quraisy yang ingin membunuhnya, baginda telah keluar menyelamatkan diri pada hari siang, ketika musim panas di Mekah.

Ramai pihak berpendapat beliau keluar pada waktu malam, kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Kaki adik saya yang ketiga dan keempat mengelupas, berdarah. Ibu pula batuk- batuk. Cuaca panas di Mekah adalah berlainan dengan di Malaysia. Udara di sana kering.

Kalau di negara ini, kita masih dapat melihat awan di mana ia melindungi daripada terkena pancaran suria yang melampau.

Di Mekah dan Madinah, tiada awan yang kelihatan. Hanyalah langit biru, maksudnya pancaran matahari menuju terus ke muka bumi Mekah dan Madinah.

Kalau di sini pukul 6.30 pagi, keadaan masih gelap. Kalau di sana pada waktu yang sama, suasana seperti pukul 10.30 pagi di Malaysia.

Kalau di sana pukul 10.30 pagi, rasanya bahang kepanasan di Malaysia pada pukul 1 tengah hari.

Jemur pakaian pukul 7 pagi di dalam bilik hotel, pukul 12 tengah hari sudah kering dan boleh dipakai. 

Sewaktu saya pergi ke sana, kulit di keseluruhan muka saya mengelupas. Sebelum keluar bilik hotel, kena sapu losyen kulit. Waktu tersebut, cuaca di sana adalah biasa sahaja.

Entah bila pula saya akan menjejak kaki di sana. Ada kemampuan, ada jemputan Tuhan, InsyaAllah.

Terus- terang saya katakan, saya tidak rasa ingin pulang semula ke Malaysia setelah tinggal 14 hari di Mekah.

Kenangan dan memori, itulah yang membuatkan hati saya begitu kepingin untuk ke sana sekali lagi.      
   
 

 

Perihal writerdruid

Mohd Aliff Bin Mohd Nor dilahirkan pada 22 November 1986. Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Komunikasi Massa: Media Cetak) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kini beliau bekerja sebagai penerbit rancangan di salah sebuah radio di bawah RTM di samping membuat beberapa kerja sambilan termasuklah menulis untuk menjana pendapatan dan membuat bengkel training tentang publisiti percuma di media.
Leave a comment

Posted by di Ogos 28, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.