RSS

Arkib Bulanan: September 2007

Pengalaman dari Agensi Berita Nasional Malaysia

Tanggal 27 September 2007, buat pertama kali dalam hidup, saya menjejakkan kaki ke syarikat Agensi Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Pergi menjadi seorang posmen, menghantar surat untuk membuat lawatan kajian bagi menyiapkan assignment.

Pada pandangan saya, bangunan BERNAMA kelihatan sedikit usang. Sebagai sebuah badan berita yang menyediakan berita- berita kepada semua media di Malaysia, imej bangunan juga perlu dijaga untuk menjaga nama.

Kali pertama berjumpa, imej pertama yang dilihat, imej itulah yang akan sentiasa melekat sampai bila- bila.

Disebabkan pemikiran saya sebegitu, saya beranggapan suasana dan perkhidmatan di sana juga hanya berada pada tahap memuaskan sahaja. Saya sangkakan saya perlu melalui banyak protokol di sana.

Rupanya saya tersilap. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di September 28, 2007 in Kisah Hidup

 

Di Bengkel Bersama Wartawan Veteran Dunia Ekonomi

Biasanya pada hari Rabu saya akan bangun paling lewat pukul 9 pagi. Namun, semalam saya terpaksa bangun dua jam lebih awal daripada hari Rabu yang lain.

Semalam, saya telah dijemput untuk menghadiri bengkel penulisan anjuran Fakulti Komunikasi Media, UIAM.

Daripada 13 peserta yang hadir, hanya saya seorang pelajar. Yang lain semua adalah staf UIAM.  

Mungkin ada rakan yang bertanya, mengapa pelajar Komunikasi tidak dijemput menghadiri program ini sedangkan saya juga pelajar jurusan jurusan Komunikasi Media. Saya tidak mempunyai jawapan tersebut.

Saya dijemput setelah mendapat surat daripada bos mengenai program ini.

Dikelolakan oleh Ketua Fakulti Komunikasi Media, Prof. Dr. Madya Azmuddin Ibrahim yang pernah bekerja sebagai wartawan ruangan Ekonomi sewaktu beliau menetap di luar negara dahulu. 

Walaupun 13 orang ini hadir bagi mendalami ilmu bagaimana untuk menghasilkan penulisan bercorak newsletter, ternyata pengalaman serta ilmu yang kami dapat adalah lebih bercorak kepada dunia penulisan secara keseluruhan.

Berkongsi pengalaman sewaktu beliau menjadi seorang wartawan ruangan Ekonomi, “Sewaktu di bangku sekolah, saya pernah menjadi penulis, editor, penjual suratkhabar , menghasilkan suratkhabar dan apa yang menarik, suratkhabar ini adalah milik saya dan tiga rakan lagi.” Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di September 27, 2007 in Coretan Pelajar

 

Cerita Golongan Ketua dan Pemikir

Kurang daripada tiga minggu lagi, semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam erti kata lain, masa yang tinggal untuk saya menyiapkan semua kertas kerja yang terbengkalai juga semakin berkurangan.

Saya mencongak- congak, merangka pelan bagi menghabiskan tiga kertas kerja yang boleh tahan kepayahannya.

Dua assignment dilakukan secara berkumpulan, satu lagi secara individu. Ada individu yang gemar melakukan assignment sendirian, ada pula yang lebih rela membuat kerja secara berkumpulan.

Buat secara sendirian ada kebaikan dan keburukan, buat assignment di dalam gerak kerja berkumpulan juga mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Read the rest of this entry »

 
2 Comments

Posted by di September 26, 2007 in Kisah Hidup

 

Adegan Panas Si Kecil

Seorang anak kecil bernama Ani(bukan nama sebenar) dihantar ke taska ibu setelah tidak ‘diterima’ oleh tiga pusat taska.

Berumur lima tahun. Pada hari pertama mereka sampai di taska ibu, si kakak sudah berani mula menunjukkan “taring”.

Baju yang yang cantik dan elok dipakai, sengaja Ani londehkan sedikit, nampaklah bahu yang hitam legam serta berkudis itu.

Apabila memakai skirt, sengaja beliau menarik skirt ke atas sehingga menampakkan seluar dalamnya. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di September 26, 2007 in Diari PDAJ

 

Rintihan Seorang Budak Pendek dan Kecil

Sabtu lalu, saya pergi ke One Utama (OU) bersama rakan. Melihat tempat mengambil tiket untuk masuk ke tapak parking di OU, dahi saya berkerut, mulut saya tertutup rapat.

Terkenang kisah lama yang cukup melucukan terjadi kepada saya, berlaku di tempat yang sama, melakukan perbuatan yang sama iaitu ingin mengambil tiket parking.

Disebabkan fizikal badan saya yang pendek, saya terpaksa membuka pintu kereta untuk mengambil tiket parking. Waktu itu, teman serapat saya ketawa berdekah- dekah sahaja.

Kalau saya tiada di hadapan beliau, mungkin beliau akan ketawa sambil berguling- guling di atas lantai agaknya. Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by di September 26, 2007 in Kisah Hidup

 

Restoran Kampung Serba Lengkap

Setelah sekian lama saya mengunjungi restoran ini, baru sekarang saya berani membuka cerita tentang apa yang menarik mengenai restoran ini.

Dikenali sebagai Restoran Kelah, saya jamin sesiapa yang makan di restoran ini akan mendapat kepuasan sebenar selepas mencuba di Restoran Kelah. Hendak tahu apa yang disajikan di sini? Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by di September 21, 2007 in Kisah Hidup

 

Sekilas Fikiran Daripada Pembacaan Quran

Kalau 8 tahun yang lalu, saya terasa diri ini kerdil sekali. Saya akan duduk bersila, membaca ayat- ayat Quran di hadapan seorang ustazah.

Kadang- kadang sambil membaca, tertidur pula si ustazah saat mendengar saya melafazkan kalimat- kalimat Allah SWT.

Kalau membaca disertai dengan pelbagai kesalahan bacaan, tubuh kecil ini akan jadi mangsa cubitan si ustazah yang garang.  Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di September 20, 2007 in Kisah Hidup

 

“Jadi Penulis Boleh Hidup Ke?”

Pertemuan singkat dengan Prof. Dato’ Dr. A. Samad Said (Pak Samad) semalam, mencelikkan dan saya berpendapat mampu membuka mata mana- mana pihak berkenaan pandangan mereka kepada golongan seperti kami, golongan penulis bebas.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan, Saudara Firdaus Ariff yang turut hadir ke program tersebut. Kerana soalan beliau, membuat sebilangan besar penonton yang hadir terpaku seketika.

Terdiam, terpukau dek soalan saudara Firdaus dan jawapan daripada Pak Samad. Soalan yang diajukan adalah “Bolehkah seseorang hidup dengan menjadi penulis bebas sepenuh masa?” Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by di September 13, 2007 in Tokoh

 

Sejenak di Sisi Pak Samad

Kalau diikutkan, ingin sahaja saya ponteng kelas pada pukul 11 pagi tadi.

Oleh kerana saya seorang sahaja lelaki, ditambah dengan bilangan kelas yang telah saya ponteng baru- baru ini, saya batalkan sahaja niat tersebut.

Hari ini, salah seorang sasterawan negara yang terkenal, berkunjung ke UIAM.

Hadir bukan untuk berceramah, datang untuk berkongsi rasa suka dan duka beliau selama bergelar pembaca, penulis dan sasterawan.

Tidak pernah saya duga, saya berkesempatan untuk menemui Prof. Dato’ Dr. A. Samad Said hari ini.

Program yang berlangsung selama satu jam setengah, tetapi saya sempat mendengar beliau bercerita selama setengah jam sahaja.

Hai… Rasa rugi pula tidak ponteng kelas pagi tadi. Tidak mengapalah.

Walaupun sekejap, banyak kata- kata yang beliau sampaikan, banyak isi- isi yang saya berjaya kutip, dan saya berasa kagum dari penceritaan perjalanan hidup beliau.

Saya sangkakan beliau bercakap di dalam Bahasa Indonesia, rupanya bahasa yang diguna pakai merupakan Bahasa Melayu standard.

Bercakap dalam nada yang serba merendah diri.

Kini berusia 72 tahun, hati saya terdetik untuk bertanya “Berapa bilangan buku yang Pak Samad sudah habis baca? Berapa karya yang telah Pak Samad hasilkan dari dulu hingga kini?”

Dalam pelbagai topik yang beliau ketengahkan, saya tertarik dengan isu membaca.

Terpacul keluar dari mulut beliau kata- kata pedas berbunyi begini “Kalau hendak jadi bodoh, jangan membaca.”

“Jangan lokek untuk membeli buku dan membaca.”

“Tidak perlu membaca buku yang banyak, memadai dengan membaca buku yang berharga (berkualiti).

“Pembacaan membantu untuk berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam.”

Saya amat bersetuju dengan beliau. Wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW berbunyi “Bacalah!”

Yang menghairankan, tidak ramai daripada kita suka membaca.

Rata- rata kawan saya suka membaca buku akademik, semata- mata untuk lulus cemerlang di dalam peperiksaan.

Setelah membaca, dihafal keseluruhan. Habis ujian, apa yang telah dihafal ditinggalkan begitu sahaja.

Ada sesetengah rakan saya suka membaca buku hiburan, senang untuk mengetahui perkembangan terkini dunia hiburan di dalam dan di luar negara.

Ada juga rakan yang suka membaca majalah yang bersesuaian dengan hobi mereka.  

Bilangan rakan yang gemar membaca bahan bacaan ringan berteraskan ilmu pengetahuan, saya boleh bilang dengan jari sahaja.

Saya berfikir, termenung, ‘terbang’ di awang- awangan berusaha mencari jawapan mengapakah sebilangan besar daripada kita masih tidak minat membaca?

Rupa- rupanya, persoalan saya terjawab ketika berada di sisi Pak Selamat tengah hari tadi. Beliau berkata “Hendak jadi pandai atau bodoh, terpulang pada diri sendiri.”

Saya fikir sekali lagi, tersenyum sendirian… Benarlah kata- kata beliau, hanya kita, diri kita sendiri yang boleh membuat keputusan.

Banyak duit habis berkempen untuk menanam minat membaca di kalangan kita…

Boleh menjadi suatu pembaziran seandainya kita sendiri memang tidak mahu membaca, tidak minat membaca.

Kepada Pak Samad, terima kasih kerana membantu saya menjawab teka- teki yang sudah lama bersarang di kepala ini. Terima kasih!

 
3 Comments

Posted by di September 12, 2007 in Tokoh

 

Perhatian! Perhatian! Perhatian!

Seorang peniaga yang menghantar anak beliau ke taska ibu saya, mengadu mengapa anak bongsu beliau tidak mendengar kata. Si anak baru berumur empat tahun, sudah mula pandai buat perangai.

Anak adalah anugerah dari Allah, ternyata bukan mudah hendak menjadi ibu bapa. Ibu saya pernah berkata “Apabila kau kahwin, Aliff, macam- macam tanggungjawab datang. Tanggungjawab paling berat yang kau kena pikul adalah mendidik anak.”

Ibu pun bercerita panjang- lebar tentang perihal si anak, barulah saya faham mengapa si anak tidak mahu mendengar cakap si ibu. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di September 10, 2007 in Diari PDAJ

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.