RSS

Nilai Pertemuan Dengan Mama Juwie… Aw!!!

24 Dis

Tanggal 14 Disember 2007 menjadi detik- detik bersejarah di dalam hidup saya. Hendak tahu mengapa? Pada tarikh ini, saya tidak pernah menyangka saya akan bertemu dengan salah seorang penulis yang berpengaruh di dalam penulisan hiburan di tanah air.

Sudah bergelar penulis sejak tahun 70-an, kini bekas pengarang Majalah Mangga ini sedang menuju ke usia 54 tahun. Dari raut wajahnya, beliau tidak kelihatan seperti tergolong di dalam golongan warga emas.

“Muka I nampak muda ni sebab I mandi Air Zam Zam tau. Ha, U pun patut cuba la,” ujar beliau sewaktu berkongsi rahsia awet muda. Itulah Mama Juwie, seorang penulis yang saya fikir tidak perlu diperkenalkan lagi.

Bermula dengan menulis bahagian hiburan sewaktu di awal pembabitannya di dunia penulisan, kini beliau sedang menanti masa untuk memulakan karier penulisan di majalah Al- Islam pula.

Tidak percaya dengan kata- kata saya? Terkejut? Bagaimana seorang penglipur lara dari meja hiburan boleh tiba- tiba terjun ke dunia agama?

Berdasarkan cerita di kalangan wartawan- wartwan, InsyaAllah Mama Juwie akan memulakan tugasan di majalah Al- Islam bermula Januari 2008.

Inilah kali pertama saya bertemu beliau, live. Tidak sangka, akan bertemu di tempat saya bekerja, di UIAM. Kedatangan beliau ke UIAM adalah untuk menemuramah dua orang pendebat antarabangsa, Syed Shuaib dan Tasneem.

Walau sekuat mana pun orang tersebut, masih tersirat lagi kelemahan di dalam jiwa seseorang itu. Semasa temubual dijalankan, saya telah menolong Mama Juwie untuk mengalihbahasa daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.

Dengan nada merendah diri, beliau berkata, “Mama dulu tidak sekolah orang putih. Aliff sekolah orang putih kan? Tolong Mama translate benda ni.”

Maka selama dua jam Mama Juwie berada di Taman Ilmu dan Budi, selama itulah juga saya menolong sedikit untuk mempermudahkan kerja- kerja temuramah beliau.

Apa yang menakjubkan, perkara pertama yang beliau tanya kepada kami di Pejabat Perhubungan Awam UIAM (PRO) adalah di mana tempat untuk beliau bersolat dan profesion beliau kini bertukar ke arah keagamaan.

Di awal pertemuan, memang saya sedikit ragu- ragu dengan perubahan ketara pada Mama Juwie. Setelah diamati dan berpegang pada prinsip hidup saya “Tiada apa yang mustahil di dunia ini”, saya percaya beliau sedang berusaha meninggalkan dunia hiburan dan berhijrah ke sesuatu yang baru.

Beliau bercerita kepada kami sebenarnya sudah lama beliau memasang niat untuk menulis di ruangan agama dan menjejakkan kaki di UIAM. “Tak sangka, I dah nak pencen baru dapat,” kata Mama Juwie.

Berhijrah, sesiapa jua boleh melakukan perkara tersebut bergantung kepada niat masing- masing. Ada orang berhijrah daripada baik kepada lebih buruk, ada orang berhijrah daripada sesuatu yang melalaikan kepada kebaikan.

Apabila seseorang berhijrah, seseorang itu haruslah berusaha sedaya upaya untuk meninggalkan perkara yang lalu. Ada orang meminta maaf atas kesilapan yang lalu dan berazam untuk tidak menulanginya. Namun, itu hanyalah kata- kata manis daripada mulut.

Seeloknya, hijrah bergerak seiring dengan niat dan perbuatan.         

 

Perihal writerdruid

Mohd Aliff Bin Mohd Nor dilahirkan pada 22 November 1986. Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Komunikasi Massa: Media Cetak) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kini beliau bekerja sebagai penerbit rancangan di salah sebuah radio di bawah RTM di samping membuat beberapa kerja sambilan termasuklah menulis untuk menjana pendapatan dan membuat bengkel training tentang publisiti percuma di media.
1 Comment

Posted by di Disember 24, 2007 in Dari Kamar Office

 

One Response to Nilai Pertemuan Dengan Mama Juwie… Aw!!!

  1. hafiza

    Disember 27, 2007 at 6:10 am

    eOneNet sedang menganjurkan pertandingan Blog Pemasaran Internet dan anda hanya perlu mengundi daripada 10 artikel di blog pemasaran kami. Undian di buka kepada ahli-ahli eOneNet.

    Pemenang dengan undian tertinggi akan memenangi Apple iPhone terbaru. Hadiah-hadiah lain adalah rantai kunci Gucci dan 999 ‘Gold Boar’.

    Satu cabutan bertuah juga akan diadakan untuk merebut wang tunai bernilai RM500.

    Bagaimana untuk mengundi?

    Layari http://www.eonenet.com/internet_marketing_blog_contest.htm.

    Jika anda masih belum mendaftar sebagai ahli eOneNet, anda masih boleh mendaftar secara percuma di http://www.eonenet.com/eoneclub/intro.htm

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.