RSS

Pembentangan Berkesan: Kesilapan dan Tips

22 Feb

Dari hari Selasa sehingga Khamis dalam minggu ini, saya terlibat untuk melakukan pembentangan di hadapan kelas. Sudah hampir hujung semester, maka kerja pun berlipat kali ganda daripada biasa.

Ada tiga pembentangan pada tiga hari yang berbeza. Selain daripada kumpulan saya, masih ada kumpulan lain yang terlibat di dalam pembentangan.

Disebabkan ketiadaan masa yang mencukupi, maka kerja pembentangan ini sudah pun dijalankan semenjak beberapa minggu lalu.

Daripada tiga kerja pembentangan ini, saya ada menerima kritikan dan pujian daripada pensyarah. Kekurangan mestilah dibaiki, kesalahan pun terjadi berpuna daripada kumpulan kami sendiri.

Selama beberapa minggu saya memerhatikan rakan- rakan sekelas melakukan pembentangan, terdapat beberapa pantang- larang yang tidak patut berlaku di masa akan datang.

Pertamanya, melakukan pembentangan yang lemah dan tidak bermaya. Seseorang yang dipilih untuk membentang sesuatu kerja mempunyai kepakaran yang lebih dibandingkan dengan orang lain.

Namun, menjadi suatu kesilapan besar apabila saudara tidak bertenaga menggunakan pentas pembentangan sebaik mungkin. Menggunakan nada yang perlahan, tidak yakin, ini semua mencerminkan kelemahan saudara.

Seterusnya, pembentang hanya membaca apa yang ada dari slaid pembentangan. Semasa memberikan pembentangan, lenggok badan, nada suara, bermain mata dan gerak tangan memainkan peranan yang amat penting.

Selama tiga hari pembentangan, kebanyakan daripada pembentang membaca sahaja! Membaca keseluruhan teks, habis membaca tamatlah jua kerja pembentangan. Kalau setakat membaca slaid di hadapan kelas, adik saya yang Darjah Empat boleh buat.

Mungkin ada pensyarah yang tidak kisah kalau pembentang hanya membaca sahaja slaid persembahan. Namun berapa kali saudara akan mendapat peluang untuk membentang kerja di hadapan khalayak yang ramai? Hari- hari? Setiap bulan?

Apabila mendapat peluang sebegini, manfaatkan ia sebaik mungkin. Apa dan bagaimana saudara membentangkan kerja, persembahan itulah yang akan melekat lama di kepala penonton.

Daripada persembahan di depan orang ramai, ia menunjukkan tahap keyakinan saudara berada di tahap yang rendah, tinggi atau sederhana.
Amat penting bagi seorang pembentang untuk mesra dengan penonton. Pembentang seeloknya berinteraksi, lakukan pembentangan dua hala dengan penonton bagi mengelakkan rasa bosan.

Jangan bercakap di hadapan seorang diri, bercakap seolah- olah penonton sudah mengetahui segalanya tentang topik pembentangan.

About these ads
 
Tinggalkan komen

Posted by di Februari 22, 2008 in Coretan Pelajar

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: