Pelajar dan Kerja Part- Time

September 23, 2008

Baru- baru ini, saya menggunakan Yahoo Messenger (YM) dan tidak sangka, saya bertemu seorang kenalan lama yang sama- sama belajar di sekolah sama dengan saya lima tahun lalu.

Nama beliau Elya Ali, kini berada di Australia melanjutkan pelajaran di dalam Ijazah Pentadbiran Bisnes (Pengiklanan). Nama pun kawan lama, satu sekolah, dari pukul 1 pagi sehingga pukul 4 pagi kami berbual.

Antara topik yang dibincangkan ialah kehidupan masing- masing pada masa kini. Kalau saya sibuk bercerita kehidupan saya sebagai penulis, beliau pula sibuk bercerita kehidupan sehari beliau yang dibahagikan kepada tiga fasa.

Tidak sangka, ingat pergi belajar ke luar negara semuanya indah belaka. Rupanya tidak semua orang merasa keindahan itu. Kalau nama pun sudah pergi belajar di rantau orang, pasti ada pengalaman pahit yang terpaksa ditelan. Baca baki entri ini »


Merangkak Seorang Pengulas Buku

September 19, 2008

Kau dah buka emel tak hari ni?” Abang Roslan (bertugas sebagai Eksekutif PR di syarikat PTS Publications and Distributors) bertanya kepada saya.

“Belum bang. Kenapa?” saya bertanya.

“Media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo dan Harian Metro memang mencari pengulas buku. Banyak orang tak tahu tentang benda ni,” beliau menjawab.

Saya mendengar dengan penuh minat. Baca baki entri ini »


Pemimpin NATO

September 18, 2008

Baru- baru ini, pihak Alumni UIAM melancarkan sebuah buku bertajuk “IIUM Silver Jubilee Coffee Table Book”. Buku ini memuatkan program- program penting berlaku sepanjang 25 tahun pembangunan UIAM.

Saya ditugaskan untuk membuat berita mengenai buku ini, maka saya pun pergi ke Pejabat Alumni UIAM setelah diarahkan oleh orang atasan di pejabat (PRO UIAM).

Setibanya di sana, pegawai Pejabat Alumni UIAM memberitahu beliau sudah pun menghantar semua maklumat tentang buku tersebut dua minggu lalu. Saya pun kembali semula ke PRO UIAM.

Lantas saya memberitahu perkara tersebut kepada orang atasan saya. Inilah jawapan beliau dengan muka selamba, langsung tiada rasa bersalah, “Saya dah delete hari tu.”

Bagaimana seorang yang berpangkat penting di dalam sesebuah organisasi boleh membuang maklumat- maklumat penting yang diberikan oleh pihak lain dan diperlukan oleh orang bawahan beliau? Baca baki entri ini »


Rahsia Warna- Warna

September 17, 2008

Tiga orang gadis berdiri di depan kelas, bukan kerana didenda tetapi mereka merupakan kumpulan yang “bertuah” kerana menjadi kumpulan pertama untuk melakukan pembentangan di hadapan kelas.

Selepas mengambil masa hampir sejam lamanya, pensyarah bertanya “Apa pendapat kamu semua mengenai pembentangan mereka? Apa komen- komen kamu? Bukan susah hendak kritik orang.”

Wajah ketiga- tiga gadis ini pucat, macam muka banduan menanti untuk ke tali gantung sahaja.

Pada hari tersebut, keadaan di tempat pembentangan malap, dilakukan di pada 8.30 pagi di Perpustakaan UIAM. Slide yang digunakan oleh gadis- gadis ini menggunakan warna hitam, putih dan sedikit warna biru.

Tahu apa jadi kepada penonton? Bosan, itulah jawapan yang paling tepat. Pembentang- pembentang memakai baju warna yang pelbagai, seolah- olah tiada persefahaman sebelum pembentangan.

Seorang memakai baju kurung berwarna ungu, seorang lagi baju kurung putih dan seorang lagi memakai baju kurung berwarna kuning. Gabungan warna yang bercelaru; warna panas dan sejuk bercampur. Baca baki entri ini »


Kawan, Rakan dan Sahabat

September 13, 2008

Dua minggu yang lalu, saya telah berkunjung ke MPH yang terletak di Mid Valley, Kuala Lumpur. Pergi ke sana bertujuan untuk menambah bahan bagi manuskrip yang saya tulis, membeli buku yang ibu minta dan mendengar ceramah daripada penulis- penulis PTS.

Pada hari tersebut, mentor saya dan seorang rakan yang saya kenali semasa di tahun pertama pengajian di UIAM, Tuan Zamri Mohammad dan Tuan Sharifuddin Sulaiman berhempas- pulas memberikan persembahan terbaik untuk mempromosikan buku mereka.

Mentor saya dengan buku “Mengurus Bos Gaya StreetSmart”  manakala Tuan Syarafuddin dengan dua buah buku beliau bertajuk “Hidup Sebagai Sebuah Akademi” dan “Akademi Kehidupan untuk Remaja Kreatif”.

Semasa program bicara buku itu diadakan, saya tertarik apabila Tuan Syarafuddin mengutarakan konsep kawan, rakan dan sahabat. Apa istimewanya konsep- konsep ini? Ada perbezaankah antara semua ini? Baca baki entri ini »


Menguap? Bagaimana….

September 13, 2008

Hanya tinggal lagi setahun untuk saya menuntut ilmu di Taman Ilmu dan Budi. Sekarang, apabila bangun tidur kena fikir untuk menyiapkan kerja- kerja yang diberikan oleh pensyarah.

Kini, apabila celik mata maka saya akan bersiap untuk pergi ke kelas. Banyak kali ponteng, alamatnya akan menerima “surat cinta” daripada pensyarah. Silap- silap, dilarang memasuki dewan peperiksaan kerana terlalu banyak ponteng.

Perangai saya, seboleh- bolehnya saya akan cuba mengelak daripada mengambil kelas yang bermula pada 8 atau 8.30 pagi. Ini adalah kerana saya takut tidak dapat bangun untuk ke kelas.

Kadang- kadang pergi ke kelas yang bermula pada pukul 10 pagi, 11.30 pagi, 2 petang, 3.30 petang, saya masih mengantuk, menguap berkali- kali di dalam kelas yang hanya sejam setengah. Baca baki entri ini »


Cikgu, Guru dan Diri Sendiri

September 13, 2008

“Eh, kau ni Shinobikan? Masih Dota?” saya bertanya kepada seorang rakan yang sudah lama tidak bertemu.

“Eh, mestilah,” jawab Shinobi (nama gelaran beliau ketika bermain permainan komputer) dengan muka tersengih.

“Sekarang ni, kau ada train orang main Dota ke?” pertanyaan saya ingin mengetahui kemajuan hidup rakan saya ini.

Beliau membalas, “Hmm, macam tu la.” Muka bangga, mungkin kerana ilmu bermain permainan komputer sudah tinggi, beliau mengambil inisiatif mengajar orang lain pula.

Kalau rakan saya ini sibuk mengajar orang lain bermain Dota, saya pula mengalu- alukan sesiapa yang ingin mendalami bidang penulisan. Apa yang terbuku di dada, InsyaAllah saya akan berkongsi dengan saudara yang berminat.

Seorang pensyarah saya berkata jika kita melihat seseorang berjaya, selidik siapakah cikgu, guru kepada orang tersebut. Jatuh dan bangunnya seseorang di masa depan, ada hubung kait yang kuat dengan pendidik individu itu. Baca baki entri ini »


Transformasi 180 Darjah

September 10, 2008

So Puteri, apa perkembangan hidup U sekarang?” saya bertanya kepada rakan saya ini yang pernah menjadi Pengacara Majlis bersama ketika di matrik dulu.

“Oh, now I’m attached to one website. Jadi columnist and subeditor. Oklah, dapat RM300++ per month. As student, jadi la. U? How is your writing doing?” soal Puteri seperti ingin tahu.

Muka rakan saya seperti ingin menarik saya untuk bekerja sama dengan beliau di dalam bidang penulisan.

Saya imbas kembali hidup saya sewaktu mula berjinak- jinak dengan bidang penulisan. Pantang mendengar isu berkaitan penulisan dan duit, saya begitu berminat untuk menyertai.

Semasa mula- mula bekerja di Pejabat Perhubungan Awam UIAM (PRO IIUM), kalau dengar event, sedaya- upaya saya akan pergi untuk mendapatkan duit semata- mata. Baca baki entri ini »


Kawan: Agen Pemasaran atau Menghambakan Saudara?

September 5, 2008

Adakah saudara berkemahiran melakukan sesuatu pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil?

Sesetengah daripada kita tidak menyedari bahawa kita sendiri mempunyai potensi atau kemahiran melakukan sesuatu sehingga ia boleh menjana keuntungan.

Kadang- kadang, mereka yang berada di sekeliling kita seperti ibu bapa, adik- beradik, saudara- mara, rakan- rakan dan jiran tetangga juga tidak perasan bahawa kita boleh membuat duit dengan skil yang kita miliki.

Apa yang lebih mengecewakan, ada juga sesetengah orang yang berkemahiran seperti membaiki komputer, menjadi pengerusi majlis, menyanyi di majlis keramaian dan pelbagai lagi skil yang lain tidak tahu bagaimana ingin menjana pendapatan daripada skil mereka.

Malah, ada di kalangan mereka yang memiliki bakat istimewa ini tidak tahu bagaimana untuk membuat bisnes di kalangan rakan masing- masing. Baca baki entri ini »


Melewati Nostalgia Ramadan

September 1, 2008

Malam tadi, saya pergi ke Masjid al- Mujahedeen bagi mengerjakan solat terawih. Pukul 9.10 malam baru tiba di sana, agak lewat.

Lewat kerana kami sekeluarga makan lambat, rancangan awal makan sebelum Maghrib tidak jadi kerana terpaksa pergi ke taska ibu atas sebab- sebab tertentu.  

Sampai sahaja di masjid, saya mengambil wudhuk dan terus berjalan menuju ke tikar sembahyang. Sedang dalam perjalanan, saya terlihat seorang pakcik sedang duduk di satu sudut dan memerhati keadaan sekeliling.

Tidak ubah seperti seorang pengawal peribadi kepada VIP. Barulah saya faham sekarang kenapa tiada suara kanak- kanak menjerit dan terpekik terlolong ketika orang tengah solat. Rupanya sudah ada “jaga”. Hehehe. Baca baki entri ini »