RSS

Rahsia Warna- Warna

17 Sep

Tiga orang gadis berdiri di depan kelas, bukan kerana didenda tetapi mereka merupakan kumpulan yang “bertuah” kerana menjadi kumpulan pertama untuk melakukan pembentangan di hadapan kelas.

Selepas mengambil masa hampir sejam lamanya, pensyarah bertanya “Apa pendapat kamu semua mengenai pembentangan mereka? Apa komen- komen kamu? Bukan susah hendak kritik orang.”

Wajah ketiga- tiga gadis ini pucat, macam muka banduan menanti untuk ke tali gantung sahaja.

Pada hari tersebut, keadaan di tempat pembentangan malap, dilakukan di pada 8.30 pagi di Perpustakaan UIAM. Slide yang digunakan oleh gadis- gadis ini menggunakan warna hitam, putih dan sedikit warna biru.

Tahu apa jadi kepada penonton? Bosan, itulah jawapan yang paling tepat. Pembentang- pembentang memakai baju warna yang pelbagai, seolah- olah tiada persefahaman sebelum pembentangan.

Seorang memakai baju kurung berwarna ungu, seorang lagi baju kurung putih dan seorang lagi memakai baju kurung berwarna kuning. Gabungan warna yang bercelaru; warna panas dan sejuk bercampur.

Walaupun mempunyai isi, tiada sesiapa yang ingin mendengar. Faktor warna ada peranan di sini.

Sama ada kita sedar atau tidak, warna mempunyai kaitan yang kuat di dalam hidup. Melakukan pembentangan, pergi temuduga, makan, bersukan dan segala aktiviti yang kita lakukan, warna mempunyai impak yang kuat.

Kebanyakan orang mengambil mudah isu ini. Kebanyakan orang pandai memilih pakaian yang mempunyai hiasan dan warna yang indah untuk dipandang tetapi ramai tidak mengetahui warna yang dipilih mampu mempengaruhi diri, personaliti diri dan keadaan sekeliling.

Ambil warna merah sebagai contoh. Warna merah mampu meningkatkan pengaliran darah, membuatkan denyutan nadi meningkat, memberi tenaga yang segera, meningkatkan tindakan refleks tubuh dan meningkatkan kualiti oksigen dalam darah.

Dari sudut personaliti, merah menggambarkan orang itu seorang yang aktif, bertenaga, ceria, tegas,lantang, terburu- buru dan perlu banyakkan belajar bersabar.

Kalau saudara perasan, industri perniagaan yang berjaya biasanya menggunakan warna yang terang seperti warna merah. Seperti Air Asia, KFC, Pizza Hut, Hotlink dan MPH, kesemuanya menggunakan warna merah.

Malah, kebanyakan watak superhero yang dicipta oleh barat menggunakan warna merah dan terang seperti Spiderman, Superman, Flash dan Iron Man.

Sebenarnya, ada banyak lagi rahsia warna yang kita perlu pelajari. Masih banyak orang yang tidak mengetahui rahsia warna dan kekuatannya. 

About these ads
 
Tinggalkan komen

Posted by di September 17, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: