CGPA (Cumulative Grade Point Average) atau PGNK (Poin Gred Nilai Kumulatif) merupakan sistem keputusan pemarkahan yang digunapakai di semua institut pengajian tinggi, awam serta swasta.
Setiap kali apabila seorang pelajar baru sahaja menjejakkan kaki di kampus, maka beliau akan ditarbiyah oleh pihak pentadbiran akan pentingnya mendapat CGPA atau PGNK yang tinggi. Setiap semester, pasti pelajar- pelajar akan berusaha bersungguh- sungguh untuk mendapat atau mengekalkan CGPA/ PGNK yang tinggi.
PGNK/ CGPA yang baik ialah dari tangga 3.00 sehingga 4.00. Bagaimana pula nasib pelajar- pelajar yang mendapat PGNK/ CGPA di bawah 3.00? Ada sesetengah pelajar tidak berani memberitahu keputusan sebenar kerana malu dengan kawan- kawan.
Malah, ada juga pelajar berasa gusar untuk meminta kerja kerana PGNK/ CGPA mereka berada di tahap sederhana sahaja. Seperti kebiasaan, syarikat- syarikat besar hanya berminat untuk mengambil pelajar- pelajar yang mendapat keputusan yang baik sahaja tanpa mengambil kira nilai serta sikap bakal pekerja mereka.
Isu CGPA/ PGNK ini sememangnya penting tetapi masih ramai orang tidak mengerti kesan CGPA/ PGNK selepas tamat pengajian. Saya harap artikel ini dapat melegakan hati pelajar- pelajar yang mempunyai CGPA/ PGNK pada taraf sederhana. Read the rest of this entry »