Seorang rakan saya bertanya, bagaimana saya mencari masa untuk membaca buku. Ya, membaca buku. Kalau sesetengah daripada kita tidak sanggup untuk membelanjakan sedikit wang untuk membeli buku, apatah lagi untuk membaca buku.
Kehidupan saya sekarang ini, dari waktu siang hingga petang digunakan untuk ke kelas dan belajar. Di sebelah petang sehingga malam pula, saya ke kelas untuk mengajar. Apabila sampai bilik, jam sudah menunjukkan hampir 11 malam.
Persoalannya, bagaimana saya mencari masa untuk membaca buku dengan jadual harian yang padat? Ada pelbagai cara yang boleh digunakan bagi mencari waktu yang sesuai untuk membaca. Bergantung sama ada kita pandai mencari waktu tersebut atau tidak. Read the rest of this entry »