Permulaan Silat Lagenda

 

Picture2

Mungkin ada yang tertanya- tanya mengapa setelah lama saya tidak menulis, tiba- tiba saya mengutarakan isu tentang silat. Hakikatnya, bahagian “Silat Lagenda” diwujudkan atas permintaan pensyarah saya yang mahukan sebuah blog dicipta menggunakan apa sahaja topik yang dapat menarik orang ramai untuk membaca.

Setelah perbincangan dan proses pemujukan dijalankan, alhamdulillah… Untuk kumpulan saya, kami tidak perlu mencipta sebuah blog yang baru bagi membincangkan topik silat. Sebaliknya kami hanya perlu menggunakan blog saya yang sedia ada bagi tujuan assignment ini.

Sememangnya kerja ini menjanjikan 20 markah dan saya akan sedaya- upaya mendapatkan markah setinggi yang boleh. Saya, Khidir serta Farid akan berusaha bersungguh- sungguh bagi “menghidangkan” kepada para pembaca input- input serta maklumat yang terperinci mengenai seni pertahanan diri yang telah bertapak lama di rantau Melayu.

InsyaAllah, kami akan cuba mengemas kini bahagian “Silat Lagenda” sungguh pun kelas kami bakal berakhir minggu ini.

Satu Respons bagi “Permulaan Silat Lagenda”

  1. aWanG Berkata:

    macam kenal gambar tu..tu Silat Cekak Malaysia tu

Tinggalkan jawapan