RSS

Arkib Bulanan: Ogos 2011

Tanya, Jangan Tidak Tanya

Dua minggu sebelum program, dua kali saya sebut “slot motivasi”. Pada hari program, lain jadinya. “Puan, sepatutnya slot hari ini ialah slot motivasi,” saya berkata. “Yakah? Habis itu kenapa saya diminta bercakap tentang topik kecederaan dan kematian hari ini?” Tetamu itu bertanya. Kami terdiam, bingung. Program sudah ke udara, apa hendak buat? Inilah akibat apabila tetamu tidak mendapatkan keterangan jelas daripada penerbit. Jika tidak faham atau memerlukan kepastian, tolong tanya.

 
Leave a comment

Posted by di Ogos 26, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Jangan Berharap Pada Skrip

Seorang tetamu bercakap sambil memegang kertas skrip yang beliau sediakan. Temu bual hampir setengah jam, beliau masih lagi bercakap manakala tangan memegang kertas dan pen. Apabila diajukan soalan oleh pemanggil, beliau menyelak kertas itu beberapa kali mencari jawapan. Kesan negatif apabila terlalu berharap pada skrip ialah pendengar / penonton boleh tahu sama ada anda bercakap atau membaca dan hilangnya pengaruh seseorang.

 
Leave a comment

Posted by di Ogos 25, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Pentingnya Komunikasi Dua Hala

Amat penting untuk tetamu & penerbit berbincang dahulu sebelum muncul di tv / radio. Ini untuk mengelakkan perbualan tidak lari daripada topik, perbincangan memenuhi kehendak penerbit & pendengar dan waktu ini adalah masa sesuai bagi penerbit menyatakan pantang-larang kepada tetamu sebelum program bermula. Oleh kerana kurangnya komunikasi, seorang penerbit tertidur ketika tetamu sedang ke udara. Tetamu itu membincangkan topik yang melibatkan banyak istilah yang jarang didengar umum.

 
Leave a comment

Posted by di Ogos 24, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Buah Tangan Pengikat Ukhuwah

Baru-baru ini saya saya menerima buah tangan daripada PTS. Terima kasih PTS! Individu / syarikat seharusnya memberikan sesuatu kepada media, jangan tunggu apabila ada program sahaja baru hendak memberi buah tangan. Perbuatan itu amat jelas menunjukkan anda amat terdesak untuk mendapatkan publisiti. Pemberian buah tangan bukanlah satu rasuah. Ia menjadi simbol pengikat ukhuwah antara media dan individu / syarikat. Sekiranya kita tidak tahu menghargai orang lain, orang juga tidak akan menghargai kita.

 
Leave a comment

Posted by di Ogos 23, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Masyarakat Boleh Memanipulasi Media

Ketua Pegawai Eksekutif Apple Steve Jobs mencetuskan fenomena Apple dengan berkata, “MacBook Air: Laptop ternipis di dunia”. Walaupun beliau yang mengeluarkan kata-kata itu, kenyataan itu jugalah yang digunakan oleh ramai pengamal media semasa memperkenalkan MacBook Air. Sesiapa sahaja mampu menguasai media asalkan kena pada cara dan waktunya. Tontoni video ini: http://www.youtube.com/watch?v=Z0jIpSCndtw

 
Leave a comment

Posted by di Ogos 22, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Yosh! Backpackers

Di Malaysia, golongan backpackers masih tidak begitu popular. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa buah hotel bajet yang menyediakan penginapan untuk kumpulan ini. Malah, ada juga hamba Allah yang mengambil inisiatif menubuhkan kelab backpackers secara online. Apakah itu backpackers? Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di Ogos 21, 2011 in Cerita Teman

 

Kepentingan Bersolek

Apabila anda ingin ditemu bual di tv, pastikan anda telah disolek. Tidak kira lelaki atau perempuan, pastikan anda disolek supaya bahan alat solek yang digunakan ke atas wajah anda dapat disesuaikan dengan lensa kamera. Salah satu faktor kekalahan Richard Nixon kepada John F. Kennedy ketika merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat ialah kerana Richard Nixon tidak mahu disolek. Akibatnya, wajah beliau nampak muram dan lesu yang menyebabkan kurangnya keyakinan orang ramai terhadap Nixon.

 
Leave a comment

Posted by di Ogos 21, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Proaktif Dengan Media

Jadilah seorang yang proaktif dengan media. Sekiranya anda mempunyai maklumat penting tentang sesuatu isu, hantarlah dan umumkan perkara itu kepada media. Jangan hanya menunggu dan memikirkan tiada sesiapa yang ingin membuat liputan media terhadap berita tersebut. Sekiranya media mengesyaki anda menyembunyikan sesuatu, mereka akan menjadi lebih agresif untuk mendapatkan bahan itu.

 
Leave a comment

Posted by di Ogos 21, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Seksanya Ada Kontroversi

Kontroversi boleh mencipta populariti. Individu / organisasi sengaja mencipta kontroversi untuk mencari publisiti & menaikkan rating. Terbaru, sebuah stesen televisyen swasta menyiarkan iklan puasa yang menghina orang Islam dan bukan Islam. Tahun lalu, sebuah stesen swasta menyiarkan iklan raya Aidilfitri yang bercampur dengan perayaan kebesaran agama lain. Elakkan mencari publisiti percuma dengan kontroversi. Nikmat segera, kesengsaraan berpanjangan.

 
Leave a comment

Posted by di Ogos 21, 2011 in Media & Orang Ramai

 

Ciri-Ciri Bahan Disukai Ramai

Media cenderung mencari bahan berita yang memberikan manfaat kepada orang awam. Sebagai contoh, elakkan bercerita perkara-perkara yang elok sahaja tentang diri / syarikat / produk anda. Sekiranya asyik bercerita perkara yang baik tentang diri / syarikat / produk anda sahaja, orang akan berfikir bahawa anda ini syok sendiri. Sebaliknya berikan fokus bagaimana diri / syarikat / produk anda dapat mengubah nasib seseorang ke arah yang lebih baik dan bagaimana ia dapat membantu orang lain.

 
Leave a comment

Posted by di Ogos 21, 2011 in Media & Orang Ramai

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.