Dijemput sebagai tetamu undangan ialah penghargaan yang besar kepada seseorang. Ia adalah ruang publisiti yang memiliki kesan tarikan tinggi kepada orang ramai. Oleh itu, gunakanlah ruang itu sebaik mungkin. Saya pernah mendapat tetamu yang membuang masa saya dan pendengar dengan mempromosikan laman akaun Facebook milik majikannya. Pada masa itu juga pemanggil meminta agar program itu dipendekkan kerana tidak begitu memberi manfaat dan impak.
Arkib Bulanan: September 2011
Pertembungan Watak & Perwatakan
Ketika sesebuah program ke udara, karakter dalam dan luar studio bertembung. Watak dan perwatakan hos, penerbit dan tetamu undangan saling berbeza. Kaji dengan siapa yang bakal anda bertemu, lihat program apa dan kenali jenis penonton yang mengikuti program itu. Apabila tiada kajian, maka salah satu pihak bakal menjadi pendiam kerana ketiadaan persamaan antara kedua belah pihak.
Adab Tetamu Undangan
Tetamu mesti mengambil kira layanannya adalah pada hos, pemanggil dan penonton. Di sini letaknya kepentingan pembawaan diri di hadapan orang ramai. Leraikan rasa panik dan lakukan secara bersahaja. Apabila tetamu tidak pandai menjaga diri, maka penonton / pendengar bakal mendapat mesej negatif yang seterusnya terbawa-bawa hingga ke dunia realiti. Ingat, anda dipilih sebagai tetamu undangan kerana anda memiliki kredibiliti yang tidak dimiliki orang lain.
Slogan Memeningkan
Salah satu punca produk / perkhidmatan tidak laku adalah kerana menggunakan slogan yang sukar untuk difahami. Antara slogan Mengarus Perdana Latihan Kemahiran dan Just Do It, mana yang lebih difahami? Jangan menggunakan slogan yang bunyinya gah tetapi tidak difahami oleh semua orang. Gunakan bahasa yang mudah dan singkat, ia lebih mudah diingati. Slogan diingati, menambahkan kesetiaan dalam kalangan pengguna sedia ada dan berpotensi menarik pelanggan baharu.
Adab Tetamu Undangan
Cipta hubungan dengan kamera. Jaga adab percakapan dan postur badan ketika berbicara. Sebelum bercakap, fikirkan di minda apa yang penonton / pendengar mahukan. Melihat kamera adalah melihat masyarakat di hadapannya. Tidak kira di radio atau di tv, jadilah pendengar dan penjawab yang baik di studio. Soalan yang diajukan mesti difahami dan dibalas bersesuaian dengan kehendak hos.
Pembunuh Tetamu Undangan
Tidak menjawab soalan, tidak bersedia menjawab soalan spontan, tidak mesra kepada set studio, bercakap terlalu laju dan terkeluar topik adalah pembunuh kepada tetamu undangan. Mungkin tetamu sebegini takut melakukan kesilapan ketika ke udara, takut membuat orang berasa bosan dengan mesej yang ingin disampaikan atau lupa akan apa yang ingin dibicarakan. Oleh itu, buat kajian dan berlatih bercakap sebelum muncul ke udara kerana tetamu undangan adalah mereka yang pakar dengan apa yang dibicarakan.
Muncul PERCUMA di ‘Resensi Buku’
Salam rakan-rakan penulis! Berita baik! Sesiapa yang berminat untuk muncul secara PERCUMA di slot ‘Resensi Buku’, mohon e-mel nama pena penulis, tajuk buku, sinopsis & kekuatan buku, kod ISBN dan harga buku itu kepada ramleeawangmurshid@yahoo.com. Beliau adalah pengacara dan juga penerbit untuk slot ini. Ia ke udara setiap Khamis antara pukul 8 pagi hingga 9 pagi di TV1. Di sini adalah video ketika saya muncul di slot tersebut: http://www.youtube.com/watch?v=l1nbZvXOkL4
Depan Kamera = Depan Orang Ramai
Sekiranya anda tidak suka bercakap di hadapan orang ramai, maka anda tidak layak untuk bercakap di depan kamera. Belajar bercakap dengan lancar. Berlatih, berlatih dan terus berlatih berbicara bagi meningkatkan respons positif. Berada di depan kamera adalah seperti berada di depan orang ramai. Dr. Irfan Khairi pernah membenci berdiri di khalayak ramai dan bercakap namun hari ini, itulah pekerjaan yang mengangkat nama beliau sebagai ahli motivasi dan usahawan Internet.Layari www.irfankhairi.com untuk mengetahui maklumat lanjut siapa Dr. Irfan Khairi.
Kepentingan DIAM
Media sentiasa mengejar pemimpin bagi mendapatkan komen tentang sesuatu isu, ada pula sesetengah pemimpin yang tergila-gilakan publisiti media yang meluas. Maka pemimpin sebegini akan sentiasa bercakap apabila disapa media. Akibatnya banyak kata-kata manis ditabur dan perbuatan tidak menyerupai apa yang dituturkan. Sebab itu orang ramai mula hilang kepercayaan. Ada masanya kita perlu DIAM dan itu lebih baik daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
PUBLISITI PERCUMA di KLfm
Salam sejahtera kepada semua rakan penulis yang dihormati! Sekiranya buku Tuan / Puan memerlukan PUBLISITI MEDIA PERCUMA, mohon Tuan / Puan tulis e-mel kepada buku@kl.fm. Buku Tuan / Puan akan diulas di slot “Prebiu Buku@KLfm”. Mohon dinyatakan nama pena penulis, tajuk buku, sinopsis & kekuatan buku, kod ISBN dan harga buku itu. Slot ini ke udara pada hari Selasa pukul 12:30 tengah hari di stesen radio KLfm. Promosi ini adalah PERCUMA! Maklumat lanjut, sila layari http://prebiubukuklfm.blogspot.com/