Adakah saudara berkemahiran melakukan sesuatu pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil?
Sesetengah daripada kita tidak menyedari bahawa kita sendiri mempunyai potensi atau kemahiran melakukan sesuatu sehingga ia boleh menjana keuntungan.
Kadang- kadang, mereka yang berada di sekeliling kita seperti ibu bapa, adik- beradik, saudara- mara, rakan- rakan dan jiran tetangga juga tidak perasan bahawa kita boleh membuat duit dengan skil yang kita miliki.
Apa yang lebih mengecewakan, ada juga sesetengah orang yang berkemahiran seperti membaiki komputer, menjadi pengerusi majlis, menyanyi di majlis keramaian dan pelbagai lagi skil yang lain tidak tahu bagaimana ingin menjana pendapatan daripada skil mereka.
Malah, ada di kalangan mereka yang memiliki bakat istimewa ini tidak tahu bagaimana untuk membuat bisnes di kalangan rakan masing- masing. Read the rest of this entry »