Jun 13, 2009
Seorang rakan saya bertanya, bagaimana saya mencari masa untuk membaca buku. Ya, membaca buku. Kalau sesetengah daripada kita tidak sanggup untuk membelanjakan sedikit wang untuk membeli buku, apatah lagi untuk membaca buku.
Kehidupan saya sekarang ini, dari waktu siang hingga petang digunakan untuk ke kelas dan belajar. Di sebelah petang sehingga malam pula, saya ke kelas untuk mengajar. Apabila sampai bilik, jam sudah menunjukkan hampir 11 malam.
Persoalannya, bagaimana saya mencari masa untuk membaca buku dengan jadual harian yang padat? Ada pelbagai cara yang boleh digunakan bagi mencari waktu yang sesuai untuk membaca. Bergantung sama ada kita pandai mencari waktu tersebut atau tidak. Baca baki entri ini »
1 Komen |
Coretan Pelajar, Kisah Hidup |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Disember 30, 2008
Dialog Pertama
Mentor Zamri: Aku tengok budak- budak junior Comm sekarang dah tak macam time aku la. Makin kurang disiplin, aku pun tak tau apasal. Kalau dressing, lagi la. Baik lelaki, perempuan. Yang laki tu, rambut panjang, warna pun ada juga. Pakai selipar, baju takde kolar. Kau sebagai student Comm yang baru, aku tak nak kau macam tu.
Aliff: Then, abang nak saya jadi macam mana? Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
Coretan Pelajar, Dari Kamar Office, Kisah Hidup |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Disember 24, 2008
Cerita Pertama
“Aliff, sem ni jadual awak macam mana? Kelas pack tak?” tanya seorang rakan. “Pack la juga. Dah lama tak pergi kelas pukul 8 pagi sejak tinggalkan matriks. Sem ni, kelas Selasa dan Khamis mula pada 8 pagi dan tamat pada 3.20 petang. Habis sarapan dan lunch,” saya menjawab pertanyaan gadis muda ini.
“Hmm, kesian juga ye awak ni. Tapi ada orang kelas lagi banyak daripada awak. Takpe la, kalau tak habiskan semua subjek, tak grad la,” pujuk kawan saya ini.
Cerita Kedua
Sedang saya berjalan, tiba- tiba satu notis ditampal di sebelah tandas yang berbunyi begini, “Due to further mechanical work rectification, main water supply tank on the rooftop has to be temporarily closed beginning from 19th until 20th December 2008.”
Hari ini, kita sudah menginjak ke 24 Disember dan blok saya masih tidak mempunyai air. Kalau hendak mandi atau bersuci, terpaksa berlari ke blok sebelah. Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
Coretan Pelajar, Kisah Hidup |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
September 13, 2008
Hanya tinggal lagi setahun untuk saya menuntut ilmu di Taman Ilmu dan Budi. Sekarang, apabila bangun tidur kena fikir untuk menyiapkan kerja- kerja yang diberikan oleh pensyarah.
Kini, apabila celik mata maka saya akan bersiap untuk pergi ke kelas. Banyak kali ponteng, alamatnya akan menerima “surat cinta” daripada pensyarah. Silap- silap, dilarang memasuki dewan peperiksaan kerana terlalu banyak ponteng.
Perangai saya, seboleh- bolehnya saya akan cuba mengelak daripada mengambil kelas yang bermula pada 8 atau 8.30 pagi. Ini adalah kerana saya takut tidak dapat bangun untuk ke kelas.
Kadang- kadang pergi ke kelas yang bermula pada pukul 10 pagi, 11.30 pagi, 2 petang, 3.30 petang, saya masih mengantuk, menguap berkali- kali di dalam kelas yang hanya sejam setengah. Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
Coretan Pelajar |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
April 9, 2008
Berikut adalah tarikh- tarikh peperiksaan yang saya telah selamat menempuh; bermula pada tanggal 19 Mac, bersambung pula pada 23, 25 dan 26 di dalam bulan yang sama. Kemudian, dapatlah berehat selama 10 hari.
Peperiksaan saya kemudian diteruskan pada 6 dan 7 haribulan April 2008. Saya tidak tahu mengapa, peperiksaan bagi pelajar aliran Sastera biasanya akan menduduki ujian pada minggu- minggu terakhir peperiksaan.
Lihat contoh pada diri saya. Terpaksa “honeymoon” di rumah selama 10 hari bagi menunggu kertas ujian seterusnya. Seronok ke? Hanya Tuhan yang tahu betapa bosannya menanti ujian untuk satu jangka masa yang lama.
Seorang rakan berkata, “Cuti lama- lama, result mesti gempak.” Saya hanya tersenyum dan membalas kadang- kadang cuti yang terlalu lama hanya membuat kita semakin malas dan kemahiran yang ada kalau ditinggalkan terlalu lama akan “tumpul” kalau tidak praktis. Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
Coretan Pelajar |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
April 9, 2008
Kalau di hostel saya, setelah setahun saudara tinggal di dalam kolej saudara diarahkan untuk mengosongkan bilik dan larangan keras kepada semua warga kolej untuk tidak menetap di dalam bilik yang sama lagi.
Bagi mereka yang duduk jauh, memang kasihan. Kena kemas bilik dan kemudian terpaksa berulang- alik dari bilik ke setor bagi menempatkan barang masing- masing. Kalau barang saudara kena curi, itu adalah atas risiko sendiri.
Pada asalnya, idea penukaran bilik ini yang dikenali sebagai “reshuffle” dicetuskan oleh mantan Rektor UIAM, Tan Sri Prof. Dr. Kamal Hassan.
Ia bertujuan untuk memastikan pelajar Malaysia dan pelajar antarabangsa dapat tinggal dalam sebuah bilik, bertukar pendapat dan berinteraksi selama setahun.
Saya sudah tinggal di UIAM selama tiga tahun, saya melihat idea beliau sebagai sesuatu yang tidak dapat direalisasikan. Mengapa saya berkata begitu? Baca baki entri ini »
1 Komen |
Coretan Pelajar |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
April 9, 2008
Oleh kerana sistem reshuffle (pertukaran bilik hostel setelah menetap setahun) sudah dilaksanakan, maka saya perlu mengemaskan bilik dan keluar.
Keluar dan pindah ke bilik lain, ke bilik yang saya sendiri tidak tahu apakah sejarah silam bilik yang bakal saya duduki pada semester akan datang.
Oleh kerana ketiga- tiga orang rakan sebilik saya pada semester ini semua akan membuat praktikal dan masuk UIAM pada bulan Julai nanti, terpaksalah saya mencari teman sebilik yang baru.
Ingatkan kerja ini senang, rupanya payah juga. Apabila sudah jumpa dengan si tuan badan, beliau berkata diri sudah “ditempah” untuk bersama rakan sebilik yang lain.
Bercerita tentang rakan sebilik, ada beberapa cerita menarik yang saya berjaya korek daripada rakan- rakan untuk dikongsi bersama. Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
Coretan Pelajar |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Februari 22, 2008
Dari hari Selasa sehingga Khamis dalam minggu ini, saya terlibat untuk melakukan pembentangan di hadapan kelas. Sudah hampir hujung semester, maka kerja pun berlipat kali ganda daripada biasa.
Ada tiga pembentangan pada tiga hari yang berbeza. Selain daripada kumpulan saya, masih ada kumpulan lain yang terlibat di dalam pembentangan.
Disebabkan ketiadaan masa yang mencukupi, maka kerja pembentangan ini sudah pun dijalankan semenjak beberapa minggu lalu.
Daripada tiga kerja pembentangan ini, saya ada menerima kritikan dan pujian daripada pensyarah. Kekurangan mestilah dibaiki, kesalahan pun terjadi berpuna daripada kumpulan kami sendiri.
Selama beberapa minggu saya memerhatikan rakan- rakan sekelas melakukan pembentangan, terdapat beberapa pantang- larang yang tidak patut berlaku di masa akan datang. Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
Coretan Pelajar |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Februari 1, 2008
Alhamdulillah, tamat sudah dua ujian pada minggu ini dan berakhir juga penyeksaan saya bagi menghafal teori- teori yang patut dibaca.
Ujian pertama yang diadakan pada hari Rabu ialah Komunikasi Psikologi manakala kertas Komunikasi Interpersonal berlaku pada hari Khamis. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana seksanya menunggu habisnya kedua- dua kertas ini.
Bagaimana peperiksaan? Bolehlah jawab, untuk mendapat jawapan betul atau salah, itu perkara kedua. Yang penting, saya telah bertungkus- lumus menjawab peperiksaan tersebut. Yang sudah lepas, biarkan ia pergi. Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
Coretan Pelajar |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Januari 16, 2008
Petang ini kalau tidak bernasib baik kena membuat pembentangan di depan kelas. Boleh dikatakan pada setiap kelas Sains Hadis (Isnin dan Rabu), kami sekelas terpaksa membuat pembentangan.
Pensyarah yang berumur lingkungan umur 40- an ini, akan memilih sesiapa sahaja untuk ke depan kelas dan membuat pembentangan mengenai topik yang bakal beliau pada akhir waktu kelas.
Malah, kepada sesiapa yang pernah membuat pebentangan, tiada pengecualian. Kalau saudara sudah melakukan pembentangan, nama saudara mungkin akan dipanggil lagi bagi melakukan kerja yang sama.
Dalam erti kata lain, sebelum datang ke kelas kami mesti bersiap- sedia dengan nota- nota yang berkaitan sebelum dipanggil ke depan. Dalam hati berkata, “Janganlah aku kena present hari ni.”
Kalau dulu, pensyarah ini tidak berperangai sebegini. Saya pernah menduduki kelas beliau dulu. Kini, mengambil subjek yang baru tetapi pensyarah yang lama. Baca baki entri ini »
2 komen |
Coretan Pelajar |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid