Januari 7, 2009
“Awak, ada orang tak suka saya. Diorang tak suka cara saya kerja. Yang problemnya, bos saya OK je dengan kerja saya. Tapi orang lain dari pejabat lain yang tak suka cara saya kerja. Tak tau nak buat macam mana dah,” kata seorang gadis berusia 24 tahun kepada saya.
Pernahkah saudara mengalami kejadian yang serupa seperti dialog di atas? Pernahkah anda berada di dalam situasi di mana majikan atau ketua menyukai cara kerja saudara tetapi orang lain, daripada unit yang berbeza tidak suka saudara serta cara kerja saudara? Baca baki entri ini »
3 komen |
Dari Kamar Office, Kisah Hidup |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Januari 4, 2009
Hari ini, genap sudah saya berada di Pejabat Perhubungan Awam UIAM (PRO) selama dua tahun. Saya mula bekerja di sini semasa saya menjadi pelajar tahun kedua, kini saya merupakan seorang pelajar tahun keempat di UIAM.
Dua tahun di PRO, macam- macam pengalaman, orang- orang yang saya temui dan pelbagai cerita UIAM yang saya tidak tahu kesahihannya. Saya tidak pernah menyangka saya masih bertahan di sini.
Maklumlah, kerja separuh masa biasanya tidak tahan lama. Tidak sampai setahun, biasanya seseorang itu akan berhenti. Sepanjang dua tahun ini, pelbagai kisah suka dan duka terlakar di dalam diari hidup. Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
Dari Kamar Office, Kisah Hidup |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Disember 30, 2008
Dialog Pertama
Mentor Zamri: Aku tengok budak- budak junior Comm sekarang dah tak macam time aku la. Makin kurang disiplin, aku pun tak tau apasal. Kalau dressing, lagi la. Baik lelaki, perempuan. Yang laki tu, rambut panjang, warna pun ada juga. Pakai selipar, baju takde kolar. Kau sebagai student Comm yang baru, aku tak nak kau macam tu.
Aliff: Then, abang nak saya jadi macam mana? Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
Coretan Pelajar, Dari Kamar Office, Kisah Hidup |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Oktober 10, 2008
Baru- baru ini, seorang pensyarah dari Jabatan Komunikasi Media di salah satu universiti ternama meletakkan jawatan. Apabila saya selidik, salah satu sumber yang boleh dipercayai mengatakan pensyarah yang bertaraf “Prof. Madya” itu berhenti atas sebab- sebab kesihatan.
Sumber itu menambah pihak atasan yang tidak “menjaga” pensyarah ini sebaik mungkin, antara faktor- faktor yang membuatkan pensyarah ini meletakkan jawatan.
Saya bukan hendak menuduh pihak atasan universiti itu tidak pandai menjaga orang bawahan, tetapi selepas melakukan pemerhatian di jabatan tersebut, saya yakin pihak pentadbiran organisasi itu memang tidak tahu “menjaga” pekerja. Baca baki entri ini »
3 komen |
Dari Kamar Office |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
September 18, 2008
Baru- baru ini, pihak Alumni UIAM melancarkan sebuah buku bertajuk “IIUM Silver Jubilee Coffee Table Book”. Buku ini memuatkan program- program penting berlaku sepanjang 25 tahun pembangunan UIAM.
Saya ditugaskan untuk membuat berita mengenai buku ini, maka saya pun pergi ke Pejabat Alumni UIAM setelah diarahkan oleh orang atasan di pejabat (PRO UIAM).
Setibanya di sana, pegawai Pejabat Alumni UIAM memberitahu beliau sudah pun menghantar semua maklumat tentang buku tersebut dua minggu lalu. Saya pun kembali semula ke PRO UIAM.
Lantas saya memberitahu perkara tersebut kepada orang atasan saya. Inilah jawapan beliau dengan muka selamba, langsung tiada rasa bersalah, “Saya dah delete hari tu.”
Bagaimana seorang yang berpangkat penting di dalam sesebuah organisasi boleh membuang maklumat- maklumat penting yang diberikan oleh pihak lain dan diperlukan oleh orang bawahan beliau? Baca baki entri ini »
1 Komen |
Dari Kamar Office |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Ogos 13, 2008
Seorang rakan dari Berita Harian berbisik kepada saya, “Hari tu dah buat press conference untuk jubah ni. Kenapa nak buat lagi sekali?”
Saya hanya menjawab, “Mungkin masih ada orang yang tak clear kenapa UIAM ubah konsep kot..”
Saya bertanya kepada salah seorang pegawai di situ apakah relevannya menunjukkan jubah terbaru UIAM sedangkan ia sudah dipersembahkan kepada wartawan sebelum ini. Pegawai ini hanya menjawab, “Biarlah.”
Saya terdiam. Pegawai sebegini seperti seekor burung kakak tua, hanya pandai mengikut arahan orang atasan tetapi tidak tahu tujuan di sebalik sesuatu kejadian. Tidak ubah seperti seekor hantu raya dengan tuannya. Hanya menurut perintah tuannya asalkan habuan untuk menghisap darah dipenuhi. Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
Dari Kamar Office |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Jun 9, 2008
Saya pernah menghadiri bermacam- macam program. Program ini tidak menentu, ia boleh berlaku pada bila- bila masa sahaja.
Kalau berlaku pada waktu malam, kenalah pergi. Kalau sesuatu isu itu terjadi pada hujung minggu, terpaksalah juga pergi.
Dan bagi seorang pencari berita, mereka juga tidak terlepas daripada mematuhi beberapa etika kod pemakaian. Imej pertama yang dilihat orang, itulah imej yang akan melekat di kepala mereka sampai bila- bila.
Saya pernah memakai seluar jeans dan pergi membuat liputan berita. Antara hadirin terhormat yang hadir pada ketika itu adalah Rektor UIAM dan beberapa individu berkepentingan dari Lembaga Zakat Selangor. Baca baki entri ini »
1 Komen |
Dari Kamar Office |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Mei 7, 2008
Sesudah setahun empat bulan saya berkhidmat di bawah Puan Shahrizad Sa- Idul Haj, akhirnya bos saya telah ditukarkan ke Kuliyah Undang- undang Ahmad Ibrahim, UIAM.
Sepanjang tempoh perkhidmatan saya di bawah beliau, alhamdulillah hanya sekali sahaja saya kena hentam oleh beliau. Difikirkan kembali, memang patut saya kena bising kerana menyalah gunakan harta pejabat bagi kepentingan peribadi.
Apa pun, itu dulu. Kini, tiada sesiapa yang bising atas perlakuan saya di pejabat. Tidak seronok kalau bekerja dengan orang yang tidak senang dengan kehadiran kita.
Biasalah, setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap yang datang, akan pergi. Yang lama akan diganti dengan yang baru. Baca baki entri ini »
3 komen |
Dari Kamar Office |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Februari 28, 2008
Hari ini dan semalam, Pejabat Perhubungan Awam UIAM (PRO IIUM) legang, tiada seorang pun pegawai dan pembantu tadbir. Yang tinggal hanyalah empat orang pekerja separuh masa dan Tuan Pengarah. Ke mana mereka menghilang?
Kesemua mereka telah pergi menghadiri kursus dua hari di Perangsang Templer Golf Club, Rawang. Apa perasaan saya sekarang ini?
Seronok dan hati terdetik berkata, “Kalaulah hari- hari office kosong macam sekarang ni, kan best. Hehehe.” Baca baki entri ini »
1 Komen |
Dari Kamar Office |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid
Februari 14, 2008
Sewaktu saya sedang menunggu makanan di sebuah kafe di UIAM, sebuah drama pergaduhan antara seorang makcik berusia separuh abad, Puan Sufiah (bukan nama sebenar) dan makcik berumur linkungan 40- an, Puan Rosnah (bukan nama sebenar) tercetus.
Pergaduhan tersebut berlaku di depan pelanggan- pelanggan yang turut berada di situ. Walaupun ia terjadi di dalam dapur kafeteria tersebut, suara jeritan dan makian turut kedengaran sehingga ke luar.
Tidak kiralah siapa yang salah di dalam perbalahan ini, namun saya berjaya mendapat sedikit maklumat dan pengajaran daripada cerita ini. Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
Dari Kamar Office |
Pautan Kekal
Dikirim oleh writerdruid