Pada hari Sabtu yang lalu, genaplah usia saya 22 tahun dan menyambut hari lahir pada November 22. Tidak sangka, tahun ini menyambut hari lahir pada angka yang cantik. Kepada mereka yang menghantar SMS, emel dan apa juga bahan yang bertujuan untuk memberitahu 22 November adalah hari lahir saya, terima kasih!
Hadiah apa yang saya dapat? Setakat ucapan daripada keluarga, orang tersayang dan rakan- rakan sudah cukup memadai untuk membuat saya tersenyum seorang diri.
Beberapa hari kemudian, saya menatap wajah seorang pelakon muda yang namanya sedang meningkat naik, Diana Danielle di dalam surat khabar Harian Metro. Tidak sangka, beliau juga menyambut hari lahir pada 22 November.
Bezanya antara beliau dan saya, beliau menyambut hari lahir di dalam satu majlis gilang- gemilang sehingga wakil media dijemput hadir untuk meraikan hari jadi beliau.
Saya pula meraikan hari lahir di rumah, berbekalkan lauk tom yam dan nasi putih yang terpaksa menunggu hampir dua jam untuk dimakan. Lebih memilukan, baik ibu atau adik- adik, tiada seorang pun mengingati Sabtu yang lepas merupakan hari lahir saya. Read the rest of this entry »