Semasa di dalam temu duga, bos saya awal- awal lagi sudah berkata pelajar Tingkatan 1 adalah pelajar yang bakal memberikan tekanan kepada saya dek kerana perangai mereka yang nakal. Sangkaan saya pada ketika itu, ia hanyalah sebagai ujian untuk menguji kredibiliti saya sebagai seorang tutor.
Rupa- rupanya, pelajar- pelajar yang nakal inilah saya bakal ajar sehingga ke akhir tahun ini. Tertekan, penat, meradang, kecewa, pening… Inilah semua perasaan yang bercampur- baur ketika saya mengajar pelajar- pelajar Tingkatan 1.
Sehingga sampai ke satu tahap, semua perasaan ini saya terbawa- bawa ke dalam mimpi. Rakan sebilik bertanya, “Aliff, malam tadi kau mengigau. Kau marah budak ke?” Read the rest of this entry »