Kredibiliti Seorang Blogger

Julai 30, 2008

Dewasa ini, kemudahan Internet telah membawa kepada kewujudan Weblog ataupun lebih dikenali sebagai blog.

Blog ialah sebuah laman web namun ia dibina menggunakan perisian yang telah diformat bagi membolehkan sesiapa sahaja membinanya tanpa mendalami pengetahuan teknikal yang mendalam.

Dalam erti kata lain, blog ialah sebuah laman web yang mudah dibina, dikemaskini, bersifat interaktif dan ia boleh dimulakan tanpa sebarang bayaran pendahuluan.

Jika dibandingkan dengan membangunkan sebuah laman web, sedikit modal perlu dikeluarkan untuk membayar hosting.

Ada yang berpendapat laman web agak sukar untuk membentuk kumpulan pelawat yang aktif berinteraksi di alam siber. Baca baki entri ini »


Penindasan Ke Atas Graduan Bertudung

Jun 18, 2008

Setiap bulan, kita menyaksikan institusi pengajian tinggi awam atau swasta, tempatan atau di luar negara melahirkan ribuan mahasiswa dan mahasiswi yang menamatkan pengajian masing- masing setelah berhempas- pulas selama beberapa tahun.

Kemudian, graduan- graduan ini akan berlumba- lumba mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan yang mereka ada. Apabila mereka telah diterima untuk bekerja, maka mereka bertemu rakan baru dan pesaing mereka.

Ada individu yang melayan individu lain di tempat mereka bekerja secara adil dan saksama, namun masih terdapat segelintir individu yang sengaja menindas rakan sepejabat mereka atas sebab agama dan kes sebegini terjadi kepada saudara saya sendiri. Baca baki entri ini »


Pengumuman Penting!

Jun 18, 2008

Entri yang diletakkan di ruangan ini merupakan artikel yang dihantar ke media tempatan dan berjaya diterbitkan. Isu yang merangkumi di dalam ruangan ini adalah berkenaan isu semasa. Harap maklum. Terima kasih dan selamat membaca!


Kekurangan Lelaki Di IPTA: Di Mana Silapnya?

Jun 18, 2008

Baru- baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan fenomena kurangnya pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Hakikatnya, situasi sebegini merupakan suatu situasi yang tidak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Ia sentiasa menjadi topik perbualan hangat di mana- mana.

Antara faktor- faktor yang menyumbang ke arah masalah ini ialah kurangnya kesedaran di kalangan pelajar lelaki dan ibu bapa tentang betapa pentingnya pelajaran itu. Kita sedia maklum IPTA merupakan tempat pengajian bagi pelajar lepasan sekolah menengah.

Kalau di bangku sekolah lagi ibu bapa tidak mengambil berat akan prestasi pelajaran anak mereka, secara tidak langsung golongan pelajar ini mempunyai masa depan yang kelam untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Baca baki entri ini »


Pentingnya Persefahaman antara Pelajar IPT dan Pengusaha Kafe

Mei 14, 2008

Peningkatan harga beras yang mendadak membuatkan semua pihak terasa kesannya. Bagaikan sudah jatuh, ditimpa tangga. Bayangkan, satu per satu isu yang membebankan rakyat timbul.

Bermula dengan kenaikan harga minyak di seluruh dunia, isu harga tepung gandum yang masih lagi tidak berkesudahan dan kini masyarakat terpaksa menghadapi kenaikan harga beras pula.

Daripada kerajaan yang pening kepala memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk semua, pengusaha makanan dan pengguna juga tidak terlepas daripada merasai bahang kenaikan harga barang- barang ini.

Individu pelajar seperti saya ini juga tidak terlepas daripada merasai “azab” ini. Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), terdapat beberapa kafe yang terpaksa menaikkan harga makanan bagi menampung pelbagai kos pengeluaran seperti membayar sewa, gaji pekerja, harga bahan mentah, minyak dan harga air dan elektrik bagi premis perniagaan mereka. Baca baki entri ini »