Kreatif Mencari Masa Membaca

Jun 13, 2009

Seorang rakan saya bertanya, bagaimana saya mencari masa untuk membaca buku. Ya, membaca buku. Kalau sesetengah daripada kita tidak sanggup untuk membelanjakan sedikit wang untuk membeli buku, apatah lagi untuk membaca buku.

Kehidupan saya sekarang ini, dari waktu siang hingga petang digunakan untuk ke kelas dan belajar. Di sebelah petang sehingga malam pula, saya ke kelas untuk mengajar. Apabila sampai bilik, jam sudah menunjukkan hampir 11 malam.

Persoalannya, bagaimana saya mencari masa untuk membaca buku dengan jadual harian yang padat? Ada pelbagai cara yang boleh digunakan bagi mencari waktu yang sesuai untuk membaca. Bergantung sama ada kita pandai mencari waktu tersebut atau tidak. Baca baki entri ini »


Sesi Autograf Bersama Penulis 31 Kisah dan Kuiz di PWTC

April 16, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya hormati,

Saya ingin menjemput tuan/ puan menghadiri program bersama penulis- penulis “31 Kisah”. Berikut adalah butiran- butirannya:

Penulis: Saridah Hamid & Mohd Aliff Md Nor

Tarikh: 18 April 2008 (Sabtu)

Masa: 5:00 hingga 6:00 petang

Tempat: Booth PTS (72-79), PWTC bersebelahan dewan Tun Hussien Onn

Anjuran: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Diskripsi: Sesi autograf bersama penulis buku “31 Kisah”. Kuiz juga turut diadakan. Soalan mudah dan senang untuk dijawab. Pemenang akan menerima hadiah buku “31 kisah”. Maklumat lanjut, sila hubungi Siti Asyuura Jalaluddin , 016-6612014. Penyertaan adalah percuma. Semua dijemput hadir.


Segelintir Kita Kurang Ajar

Februari 1, 2009

“ OK dear, nite. Minta ampun, maaf daripada awak tau. Gud nite.”

TQ sgt2 coz teman malam ni. Tido elok- elok, baca doa. Nite…”

“Terima kasih sangat- sangat sebab tolong saya.”

Apa yang saudara rasakan sekiranya semua ucapan di atas tidak mendapat sebarang respons atau  jawapan? Sekiranya orang itu mahukan anda memberitahu sesuatu dan anda memahami apa yang dia sampaikan, adakah anda akan menjawab “Terima kasih” atau pun sekadar menjawab “OK”? Baca baki entri ini »


Part- Timer Mangsa Kedengkian Staf

Januari 7, 2009

“Awak, ada orang tak suka saya. Diorang tak suka cara saya kerja. Yang problemnya, bos saya OK je dengan kerja saya. Tapi orang lain dari pejabat lain yang tak suka cara saya kerja. Tak tau nak buat macam mana dah,” kata seorang gadis berusia 24 tahun kepada saya.

Pernahkah saudara mengalami kejadian yang serupa seperti dialog di atas? Pernahkah anda berada di dalam situasi di mana majikan atau ketua menyukai cara kerja saudara tetapi orang lain, daripada unit yang berbeza tidak suka saudara serta cara kerja saudara? Baca baki entri ini »


Terima Kasih PRO!

Januari 4, 2009

Hari ini, genap sudah saya berada di Pejabat Perhubungan Awam UIAM (PRO) selama dua tahun. Saya mula bekerja di sini semasa saya menjadi pelajar tahun kedua, kini saya merupakan seorang pelajar tahun keempat di UIAM.

Dua tahun di PRO, macam- macam pengalaman, orang- orang yang saya temui dan pelbagai cerita UIAM yang saya tidak tahu kesahihannya. Saya tidak pernah menyangka saya masih bertahan di sini.

Maklumlah, kerja separuh masa biasanya tidak tahan lama. Tidak sampai setahun, biasanya seseorang itu akan berhenti. Sepanjang dua tahun ini, pelbagai kisah suka dan duka terlakar di dalam diari hidup. Baca baki entri ini »


Pelajar, Pekerja dan Isu Pakaian

Disember 30, 2008

Dialog Pertama
Mentor Zamri: Aku tengok budak- budak junior Comm sekarang dah tak macam time aku la. Makin kurang disiplin, aku pun tak tau apasal. Kalau dressing, lagi la. Baik lelaki, perempuan. Yang laki tu, rambut panjang, warna pun ada juga. Pakai selipar, baju takde kolar. Kau sebagai student Comm yang baru, aku tak nak kau macam tu.

Aliff: Then, abang nak saya jadi macam mana? Baca baki entri ini »


Susah Hendak Jadi Penulis

Disember 25, 2008

Cerita Pertama
Kawan: Aliff, is there any vacancy that got to do with writing at PR? Think I also want to be like U la. But, I hope U can trained me.
Aliff: Sure, no problem.

Dialog di atas berlaku pada pertengahan bulan Julai 2008, namun sehingga ke hari ini rakan saya ini hanya diam membisu apabila ditanya tentang bekerja sebagai penulis berita di PRO.

Cerita Kedua
Kawan: Awak, saya tak tau buat news la. Ajarlah saya.
Aliff: Yelah, nanti saya bagi pinjam buku macam mana nak jadi wartawan. Think buku tu boleh bantu awak. PTS ada anjur kursus penulisan tiap- tiap bulan. Kalau awak free, kita boleh pergi kursus tu satu hari nanti. 
Kawan: Iye? Ah, boleh la juga. Boleh dapat ilmu baru. Kalau ada guideline buat news, rasa dapat tolong saya kot.
Aliff: Takpe, nanti saya buat. Ada juga kawan- kawan lain yang minta saya ajar macam mana buat berita. Dah siap, nanti saya emel pada awak.

Dialog ini berlaku sekitar bulan Ogos 2008. Guideline yang dipinta sudah pun dihantar namun sehingga hari ini, saya tidak pernah melihat satu berita ataupun artikel daripada gadis ini. Cakap hendak pergi ke kursus anjuran PTS, sehingga ke hari ini tiada pula dia bertanyakan tentang kursus tersebut. Baca baki entri ini »


Selepas Satu Demi Satu

Disember 24, 2008

Cerita Pertama
“Aliff, sem ni jadual awak macam mana? Kelas pack tak?” tanya seorang rakan. “Pack la juga. Dah lama tak pergi kelas pukul 8 pagi sejak tinggalkan matriks. Sem ni, kelas Selasa dan Khamis mula pada 8 pagi dan tamat pada 3.20 petang. Habis sarapan dan lunch,” saya menjawab pertanyaan gadis muda ini.

Hmm, kesian juga ye awak ni. Tapi ada orang kelas lagi banyak daripada awak. Takpe la, kalau tak habiskan semua subjek, tak grad la,” pujuk kawan saya ini.

Cerita Kedua
Sedang saya berjalan, tiba- tiba satu notis ditampal di sebelah tandas yang berbunyi begini, “Due to further mechanical work rectification, main water supply tank on the rooftop has to be temporarily closed beginning from 19th until 20th December 2008.”

Hari ini, kita sudah menginjak ke 24 Disember dan blok saya masih tidak mempunyai air. Kalau hendak mandi atau bersuci, terpaksa berlari ke blok sebelah. Baca baki entri ini »


Pengembaraan Mencari Minat

Disember 17, 2008

“Sebenarnya Aliff, I pun tak tau apa sebenarnya yang I nak jadi. I ambil course ni pun coz dapat. Actually, I lagi minat kerja- kerja dalam office,” beritahu Azura.

Seorang lagi rakan berkata, “Apa saya nak buat dengan apa saya belajar sekarang, memang jauh beza. Saya nak Ekonomi tapi dapat Pelancongan. Sekarang dah pening kepala, tak tau macam mana nak buat kerja yang saya tak suka.”

Dua tahun yang lalu, seorang pensyarah di kampus saya pernah meluahkan rasa kecewa dengan sikap pelajar- pelajar Komunikasi Media. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata beliau, “I really disappointed with them. They are already final year student, yet they have no idea why they go for Mass Comm.” Baca baki entri ini »


Pengajaran Manuskrip Pertama

November 27, 2008

Setelah berhempas- pulas mencari dan memerah otak bagi mencari idea untuk mengembangkan cerita yang pendek daripada 3 muka surat menjadi sebuah cerita panjang yang mempunyai 5 sehingga 6 muka surat, akhirnya siap juga manuskrip saya yang pertama.

Jumlah cerita yang diminta oleh PTS Islamika adalah 31 buah cerita. Namun setelah melalui proses suntingan, ada beberapa buah cerita terpaksa ditolak kerana cerita tersebut sudah digunakan oleh penulis lain, ia lebih kepada memberi peringatan dan cerita tersebut memang tidak boleh dikembangkan lagi.

Buat, buat dan buat, akhirnya saya telah menyiapkan 43 buah cerita untuk PTS Islamika. Ada tujuh buah cerita terpaksa ditolak kerana mempunyai ciri- ciri sebuah cerita seperti yang saya sebut di atas. Banyak benda baru yang saya pelajari di dalam menyiapkan manuskrip ini. Baca baki entri ini »