Buletin Utama malam tadi menyiarkan di Vietnam, separuh juta rakyatnya telah kehilangan pekerjaan.
Baru- baru ini, salah sebuah bank terkemuka di Malaysia telah memberikan cuti selama enam bulan tanpa gaji kepada ribuan pekerjanya dan pekerja- pekerja ini dipaksa ambil cuti tersebut. Lebih memeranjatkan, bank yang disangka selama ini kukuh terpaksa menutup beberapa buah cawangan akibat krisis ekonomi sekarang.
Krisis ekonomi sekarang yang dikatakan lebih teruk berbanding The Great Depression yang berlaku pada akhir 1929 juga mengakibatkan ribuan graduan terus menganggur.
Ada yang mengambil langkah selamat dengan menyambung pengajian ke peringkat pasca ijazah. Malah, ramai rakan- rakan saya yang telah tamat pengajian pada akhir tahun lepas sehingga kini masih mencari- cari pekerjaan.
Di saat sebahagian daripada kita susah hati demi mendapatkan pekerjaan, seorang rakan saya bernama Nizam (bukan nama sebenar) sedang sibuk memikirkan pelbagai tawaran kerja yang beliau terima. Read the rest of this entry »