RSS

Monthly Archives: Jun 2007

Pertemuan Catur Dengan Aku

Pernah saudara dengar permainan ‘chess’ atau dikenali juga sebagai ‘catur’? Mahir dalam permainan tersebut? Rakan sebilik saya yang bernama Wan amat gemar bermain permainan ini.

Sehinggakan beliau mempunyai sebuah buku tersendiri yang mengajar pembacanya untuk mengatur strategi dan taktik dalam permainan tersebut.

Di awal perkenalan kami berdua, saya dengan nada berlagak bercampur gurau sengaja mencabar beliau dalam permainan ‘chess’.

Apabila saya mendapat tahu beliau sudah berkali- kali mewakili universiti dalam perlawanan catur, saya terkedu sebentar.

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Rupanya saya sudah silap ‘pancing’ lawan. Read the rest of this entry »

Advertisements
 
1 Komen

Posted by di Jun 29, 2007 in Kisah Hidup

 

Coretan Daripada Si Jaga

Empat malam yang lalu, saya berpeluang menyelinap keluar dari universiti dan menghabiskan sisa malam tersebut dengan membaca buku di sebuah restoran mamak yang terletak di Taman Melati dari pukul 12:40 malam sehingga 4 pagi.

Alhamdulillah, buku yang baru dibeli habis dibaca dalam masa satu malam. Bosan menunggu sahaja di restoran tersebut, saya pun beredar dan merayau seorang diri tanpa tujuan di sekitar kompleks kedai yang berhampiran.

Sedang berjalan, saya bertemu dengan seorang jaga yang sedang membetulkan walkie- talkie beliau. Lantas, saya menyapa abang jaga tersebut dan memperkenalkan diri.

Agaknya beliau keseorangan, tanpa teman seperti saya, perbualan kami berakhir pada pukul 6:15 pagi.

Macam- macam yang kami bincangkan. Abang jaga ini bernama Azhari (bukan nama sebenar) berumur 34 tahun dan baru berkecimpung dalam kerja ini selama setahun lebih menjaga premis kedai di Taman Melati.

Pertemuan pada malam tersebut mengajar saya erti sebenar apakah yang dimaksudkan seorang ‘jaga’. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 29, 2007 in Tokoh

 

Bagaikan Roda Yang Berputar

“Hidup ini umpama roda yang berputar. Sekejap kita di atas, sekejap lagi kita di bawah.”

Pernah saudara terdengar kata- kata di atas sebelum ini? Dapat tangkap mesej dari kenyataan tersebut? Pada pendapat saya, nasib kita ini tidak selalunya elok. Ada kala kita bernasib baik, ada kala kita menerima nasib sebaliknya.

Pada minggu ini sahaja, lima buah berita saya ditolak oleh editor. Daripada tujuh yang dihantar, hanya dua sahaja yang diterima masuk. Saya sudah bekerja di pejabat ini hampir setahun, inilah kali pertama saya menerima tamparan sehebat ini dalam dunia penulisan. Read the rest of this entry »

 
3 Komen

Posted by di Jun 28, 2007 in Kisah Hidup

 

Demam Seorang Budak Taska

Hazwan (bukan nama sebenar) sudah empat hari tidak mandi, bukan sebab tidak mahu mandi tetapi ditegah oleh ibu bapa beliau kerana menghidap demam. Sesampai sahaja di taska ibu saya, ibu Hazwan berkata “Mandikan dia, kak. Sudah empat hari Hazwan tidak mandi.”

Hazwan merupakan seorang budak berumur lima tahun dan merupakan anak tunggal kepada pasangan Herman (bukan nama sebenar) dan Lina (bukan nama sebenar) yang membuka bisnes sendiri di ibu kota.

Saya tidak tahu mengapa seorang budak berusia lima tahun yang sedang demam tidak dibenarkan mandi selama empat hari… Saya melayari Internet mencari segala cabang ilmu tentang demam. Alhamdulillah, pencarian saya berakhir dalam masa yang singkat sahaja. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 28, 2007 in Diari PDAJ

 

Bisnes di Usia 13

Malam tadi, sewaktu saya sedang enak menjamu selera bersama rakan- rakan, kami disapa oleh seorang makcik menjual kuih.

Berusia pada lingkungan lewat 30- an, beliau menyapa setiap orang yang sedang makan untuk membeli kuih.

Saya hanya nampak kerepek dan kuih bahulu dari karung plastik yang beliau bawa. Dalam kepala saya berfikir, bukan semua orang memiliki keberanian untuk mengadakan jualan langsung dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Saya juga mempunyai pengalaman seperti makcik tersebut, pernah bergerak dari satu meja makan ke meja yang lain, merasa betapa peritnya untuk mendapatkan seorang pelanggan membeli kerepek pisang dan kuih bahulu. Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di Jun 26, 2007 in Kisah Hidup

 

Aku, Perempuan Dan Dot, Dot, Dot

Apakah reaksi kali pertama saudara/ saudari melihat wajah saya? Di kalangan kawan- kawan, ada sesetengah daripada mereka memanggil saya “Mat Jambu”, “Player” dan “Playboy”.

Kadang- kadang, saya ketawa apabila mereka menggelar saya dengan nama tersebut, tetapi kalau acap kali kami bertemu dan nama itu sahaja yang keluar dari mulut mereka… Rimas saya dibuatnya.

Mungkin anugerah pancaindera pemberian Tuhan yang menyebabkan mereka memanggil saya sebegitu. Ramai orang berpendapat muka kacak atau lawa mempunyai ramai ‘peminat’. Terpulang kepada saudara/ saudari untuk meletakkan saya di kedudukan yang ramai ‘peminat’ ataupun tiada ‘peminat’.

Semua gelaran tersebut membawa saya mengingati detik- detik lucu yang terjadi di antara hidup saya dan dunia wanita. Barangkali, saudara/ saudari akan ketawa sendiri sewaktu membaca entri ini. Read the rest of this entry »

 
7 Komen

Posted by di Jun 26, 2007 in Kisah Hidup

 

Aku Ni Cacat Ke?

Kadang- kadang saya berjalan di sekitar kaki lima di bandaraya Kuala Lumpur, saya ternampak beberapa orang kurang upaya meminta sedekah. Ada yang duduk dan mengharap belas ihsan masyarakat, ada yang menyanyi di depan pintu kompleks membeli- belah dan macam- macam ragam lagi yang boleh saya temui.

Saya lihat pada mereka, dan saya lihat pada diri saya sendiri. Kemudian saya bertanya, ‘Aku ni cacat ke?” Sehingga kini, saya masih mencari jawapan untuk persoalan itu. Read the rest of this entry »

 
3 Komen

Posted by di Jun 25, 2007 in Kisah Hidup