RSS

Apabila Keyboard Memulakan Bicara…

03 Jun

Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang sudi singgah sebentar di blog ini. Hari ini dalam sejarah, saya telah mencipta blog ini secara rasminya pada awal pagi bertarikh 2 Jun 2007 tetapi blog ini betul- betul ‘hidup’ pada 3 Jun 2007.

Saudara dan saudari yang saya muliakan, terdapat pelbagai cerita dan kisah sebelum tercetusnya idea di minda saya untuk memulakan blog atau pun lebih dikenali juga sebagai diari maya.

Antara cerita yang agak menarik untuk saya kongsikan bersama saudara/ saudari adalah kisah sebelum terhasilnya blog ini. Sebenarnya, saya berguru dengan seorang penulis yang saya boleh katakan hebat.

Walaupun usianya belum mencecah 30 tahun, beliau telah menghasilkan 4 buah buku di mana salah satu buku tersebut merupakan buku best- seller pada Mei tahun lepas dan sebuah buku beliau telah pun diterbangkan ke Singapura untuk tujuan pemasaran.

‘Guru’ inilah yang sering menegur, membebel agar saya tidak terpesong dari landasan sebenar. Terima kasih tuan kerana sudi mengajar saya.

Dan disebabkan beliau juga, barulah saya tercetusnya diari maya ini setelah ditegur dari tahun lepas. Memang pada waktu itu saya nampak kelebihan blog, boleh diumpamakan seperti mempunyai 1001 kelebihan jika saudara/ saudari pandai mengurusnya.

Apakan daya, pada waktu itu tiada minat. Setelah saya fikirkan untuk beberapa ketika, barulah saya nampak blog ini berpotensi untuk menjadi salah satu penyumbang utama bagi mencapai impian saya di masa hadapan.

Oleh yang demikian, saya amat berharap kepada saudara dan saudari untuk menyatakan cadangan, pandangan serta memberikan komen dan kritikan yang membina agar blog ini dapat ditingkatkan mutunya dari semasa ke semasa. Terima kasih!

 

 
6 Komen

Posted by di Jun 3, 2007 in Kisah Hidup

 

6 responses to “Apabila Keyboard Memulakan Bicara…

  1. kak zuraidah

    Jun 6, 2007 at 3:37 am

    Congratulations on your new blog. Wish I had the initiative as you. Maybe this can be a good motivation for me too. Keep on writing brother!!!!

    Kak Zue

     
  2. Writerdruid

    Jun 6, 2007 at 6:34 am

    Thank you Kak Zuraidah. InsyaAllah, if you have a will and effort to begin, I would not feel hesitate to help. Thank you kak.🙂

     
  3. aliman

    Jun 6, 2007 at 1:59 pm

    Oit ko tambah satu blogroll, http://www.streetsmart101.wordpress.com thank you!😀 Kak Zuraidah bila nak ada blog Hmmmm

     
  4. writerdruid

    Jun 7, 2007 at 3:21 am

    InsyaAllah, saya akan usahakan hari ini. Terima kasih atas cadangan tersebut, Tuan Zamri🙂

     
  5. "Boss"

    Jun 14, 2007 at 12:57 am

    I’m your “boss” here… It’s a good blog, I would say that this is one of a good medium for us to write. Share what we feel, experience and knowledge with others. Good work…

     
  6. writerdruid

    Jun 14, 2007 at 3:52 am

    Thank you boss for dropping by at this blog. Hope you could be a die hard fan for my blog too. Hehehehe🙂

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: