RSS

Etika di Meja Makan. Sejauh mana kita menguasainya?

04 Jun

Malam tadi, saya telah pergi makan di sebuah gerai di tepi jalan yang terletak di Kampung Sungai Kayu Ara. Disebabkan perangai kami lima beradik yang rumit ditambah lagi dengan bermacam- macam kerenah, ibu lebih gemar membawa kami makan di luar berbanding memasak di rumah. 

Hampir setiap hari boleh dikatakan kami makan beramai- ramai di restoran atau gerai di luar. Sekiranya kami tidak makan di luar, sama ada saya atau ibu akan membeli makanan di luar untuk dijadikan sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam sekeluarga. 

Malam tadi, semasa kami dalam perjalanan ke gerai tersebut ibu telah menegur adik saya yang bongsu. Beliau bersuara dalam nada memberi amaran “Aqmal, keluar makan jangan nak jerit- jerit. Malu orang pandang.” 

Walau pun dialog ibu tidak sampai satu baris dan ditujukan khas untuk adik saya yang masih bersekolah Darjah 4, mesejnya membuatkan saya teringat kata- kata Jaafar Ibn Muhammad. Beliau pernah berkata “Kualiti cinta individu kepada kita diperlihatkan dengan cara dia melayan kita di meja makan.” 

Pernahkah saudara/ saudari makan di tempat yang penuh dengan protokol seperti di majlis makan malam bersama orang- orang kenamaan (VIP)? Jika pernah, pernahkah saudara/ saudari membandingkan tatasusila makan sewaktu saudara/ saudari bersama VIP, semasa makan bersama rakan- rakan dan sewaktu makan seorang diri? Bagaimana perlakuan kita pada tiga keadaan yang berbeza ini? 

Mungkin saudari boleh bersolek untuk menghias diri bagi melambangkan imej atau mungkin saudara boleh berpakaian kemas sebagai menunjukkan imej yang baik dan kemas, tetapi etika di meja makan adalah ujian sebenar di mana ia melambangkan imej diri saudara/ saudari juga.     

Oleh yang demikian, ingin saya mengingatkan saudara/ saudari serta diri saya sendiri, agar menjaga etika semasa di meja makan walaupun pada ketika itu kita seorang diri sedang menikmati juadah makanan.   Bukan apa, apabila kita sudah biasa melakukan sesuatu yang buruk takut- takut kita akan terbiasa melakukan perkara tersebut di tempat awam. Bak kata peribahasa Melayu “Sepandai- pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.”    

 
1 Komen

Posted by di Jun 4, 2007 in Kisah Hidup

 

One response to “Etika di Meja Makan. Sejauh mana kita menguasainya?

  1. Mdm Shahrizad

    November 28, 2008 at 1:26 am

    Aliff, I have to salute you… Itu aje…🙂 You know Y….

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: