RSS

Al- Kisah Di Sebuah Majlis Anugerah

05 Jun

Baru- baru ini saya telah menghadiri sebuah majlis keramaian yang diadakan di universiti saya. Kebiasaannya, saya amat tertarik untuk melihat lauk apa yang boleh diberikan oleh tuan rumah kepada tetamu. 

Alhamdulillah, tidak sia- sia saya berjalan kaki selama hampir 10 minit ke majlis tersebut kerana makanan yang disediakan sungguh sedap.

Terima kasih saya ucapkan kepada AJK (Ahli Jawatan Kuasa) X dan AJK Y kerana menjemput saya untuk menghadiri program anda yang cukup gilang- gemilang itu.

Setinggi- setinggi penghargaan juga saya panjatkan kepada Tuan Z bersama ‘tentera’ cateringnya yang bertungkus- lumus menyediakan makanan lazat dan tidak lokek memberikan juadah kepada pelajar sesudah selesainya majlis. (Saya salah seorang penerimanya. Terima kasih Tuan!)

Walau bagaimanapun, tujuan saya menulis bahagian ini bukan untuk bercakap tentang makan tetapi saya lebih tertarik untuk menceritakan apa yang berlaku semasa majlis tersebut.

Kehadiran saya pada majlis tersebut adalah atas dasar jemputan rakan- rakan yang juga bertugas sebagai sebagai barisan committee.

Mungkin kedatangan saya di majlis tersebut adalah amat kecil tetapi kesilapan- kesilapan yang berlaku malam tadi seelok- eloknya kita renungkan supaya masalah ini tidak menjadi besar di masa akan datang.

Pertama, janganlah lakukan apa- apa kerja di saat akhir. Ibu saya sering kali mengeluarkan ayat ini tatkala menjelang hari peperikasaan kepada kami lima beradik “Jangan nak buang air besar, baru nak nak gali lubang.” Rancang awal- awal. Kerja cincai, hasilnya boncai.

Sebagai contoh, setiap AJK yang terlibat layak dan sepatutnya diberikan penerangan oleh pihak majlis walaupun beliau hanya naik atas pentas dan memberi anugerah.

Kedua, andai kata saudara/ saudari pergi ke majlis pemberian anugerah, eloklah tunggu sehingga majlis tersebut sampai ke penghujungnya.

Lebih- lebih lagi sekiranya  saudara/ saudari hadir ke majlis itu atas dasar jemputan. Amat penting untuk tetamu jemputan menghormati majlis dan tuan rumah.

Seterusnya, sekiranya anda adalah barisan committee yang sepatutnya bertugas di sesebuah majlis berikanlah komitmen 100%, datanglah awal sebelum majlis bermula.

Saya sempat menolong kawan saya yang juga ketua bagi sebuah biro  sebelum majlis bermula kerana 80% ahlinya lewat sampai disebabkan sibuk bersolek. (Majoriti ahlinya terdiri daripada kaum Hawa)

Saya hanya senaraikan tiga masalah utama kerana masalah yang timbul malam tadi semuanya adalah lebih menjurus kepada permasalahan pertama yang saya utarakan di atas.

Memang benar tiada satu pun yang lengkap atau perfect, tetapi kita seharusnya menjaga dan meningkatkan kualiti untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.

 
6 Komen

Posted by di Jun 5, 2007 in Kisah Hidup

 

6 responses to “Al- Kisah Di Sebuah Majlis Anugerah

  1. Web Sutera

    Jun 5, 2007 at 3:43 pm

    Siapakah Tuan Z tersebut?

     
  2. Writerdruid

    Jun 6, 2007 at 6:32 am

    Tuan tahu siapakah Tuan Z tersebut. Terima kasih Tuan!🙂

     
  3. aliman

    Jun 6, 2007 at 1:57 pm

    Macam cerita perang antara planet saja. X dan Y dan Z. kemudian ziung ziung ziung… Bagus-bagus

     
  4. writerdruid

    Jun 7, 2007 at 3:19 am

    Terima kasih Tuan Zamri untuk komen yang bernas. Hehehehe🙂

     
  5. watcher

    Jun 9, 2007 at 6:02 pm

    “Kehadiran saya pada majlis tersebut adalah atas dasar jemputan rakan- rakan yang juga bertugas sebagai sebagai barisan committee.”

    “Mungkin kedatangan saya di majlis tersebut adalah amat kecil…”

    Sekadar bertanya, saudara hadir di majlis tersebut sekadar memenuhi jemputan KECIL rakan-rakan atau sememangnya saudara mempunyai tanggungjawab yang BESAR untuk dipenuhi?

    Walaubagaimanapun, terima kasih di atas teguran serta komitmen 100% yang telah saudara berikan. Semoga kita semua dapat belajar dari kesilapan yang berlaku.

     
  6. writerdruid

    Jun 11, 2007 at 9:39 am

    Bagi saya, semua jemputan adalah BESAR kerana apabila seseorang mengajak saya untuk menghadiri majlis beliau, itu adalah tanda bahawa saya mempunyai peranan yang BESAR di dalam majlis tersebut walaupun hanya sekadar datang dan makan sahaja.

    Dan saya telah menghadiri majlis tersebut dengan memikul tanggungjawab yang besar, yakni memenuhi undangan kawan- kawan saya.

    Terima kasih saudara kerana bertanyakan soalan itu.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: