RSS

Dari Dapur Kafeteria

06 Jun

Malam tadi saya menemani kawan saya untuk membeli juadah makan malam di Kafeteria Mawar (bukan nama sebenar) yang terletak di kolej kediaman kami.

Jika dibandingkan harga, memang benar kantin inilah yang paling mahal antara semua kantin di kolej lelaki.

Disebabkan lokasinya yang strategik, yakni ia adalah yang paling hampir dengan bilik kami maka kami berdua membeli makanan di kantin mahal itu (Pada ketika itu, perut kami berdua telah ‘menyanyikan’ pelbagai lagu)       

Saya telah meminta nasi goreng daging merah daripada tukang masak kantin tersebut bernama Azmeer (bukan nama sebenar).

Sedang menunggu makanan, mulut saya terasa ringan untuk berbual dengan Abang Azmeer. Berikut adalah dialog perbualan antara kami berdua malam tadi:

Aliff: Abang Azmeer, mana partner abang dari Indonesia tu? Dia cakap dia balik Indonesia sebulan setengah. Dah masuk 2 bulan ni. 

Azmeer: Kira kau ye berapa lama dia menghilang.. Entahlah, tak dengar khabar apa pun. 

Aliff: Jadi, abang kerja seorang diri selama ni? Tak penat ke kerja sengsorang? Ni tengah semester pendek, mungkin abang boleh handle. Masuk Semester 1, macam mana? 

Azmeer: Penat? (mukanya tersenyum sahaja) Kalau nak dikira penat, penat sangat. Kemungkinan besar bulan 7 ni, abang berhenti. Tak tahan kerja seorang diri, dik.

Aliff: Minta maaf tanya soalan ni, bang. Berapa upah yang abang dapat? Cuti macam mana? 

Azmeer: Tak tentu, tapi abang dibayar RM4 sejam. Kerja paling minimum 10 sampai 12 jam sehari. Cuti? Hmmm…. Dua minggu dapat sehari cuti. Kiranya dalam sebulan ada 2 hari cuti. Terukkan? 

Mendapat gaji yang rendah, cuti yang sedikit dan risiko anggota badan terdedah pada bahaya (minyak panas, melecur, asap masakan) memang tinggi, itulah yang terpaksa diterima oleh Azmeer yang bekerja di Kafeteria Mawar.  

Fikir dalam- dalam sebelum saudara/ saudari bekerja. Jangan hanya kerana minat dan bakat saudara/ saudari di situ, saudara/ saudari ‘buta’ melihat aspek yang lain seperti aspek keselamatan, faedah pekerjaan tersebut, upah, cuti.     

Perasaan saya sewaktu mendengar penjelasan Abang Azmeer bercampur- baur antara kecewa, kasihan dan sedih.  

Apa yang bermain di dalam kepala saya ketika itu bagaimana seorang pengusaha restoran yang beragama Islam sanggup memikirkan keuntungan semata- mata sehingga menindas saudara seagamanya, saudara sebangsanya sedemikian rupa?

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 6, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: