RSS

Kisah Si Buta

07 Jun

Setiap pagi di tempat kerja saya, saudara/ saudari boleh melihat kelibat seorang lelaki berumur separuh abad, berbaju biru, berjalan sambil dipimpin tangan oleh rakannya.

Itulah Abang Nasri (bukan nama sebenar), bekerja sebagai operator telefon di Pejabat Perhubungan Awam. Beliau telah buta sewaktu umur beliau mencecah 23 tahun, yakni pada waktu ramai pemuda- pemudi sibuk mencari kerja, bekerja ataupun belajar.

Tidak pernah saya berkesempatan makan bersama beliau disebabkan kebatasan waktu, tetapi Isnin yang lepas…Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana akhirnya saya sempat makan dan berbual bersama beliau.

Pada waktu itu, si buta melontarkan rintihan, keluhan dan rayuan. Andainya saya berada di tempat beliau, mungkin saya akan menyuarakan benda yang sama seperti Abang Nasri.

Sambil makan, si buta menceritakan pengalaman beliau bersolat Jumaat di salah sebuah masjid yang terletak di Petaling Jaya pada 5 tahun yang lalu.

Adalah diingatkan seseorang yang buta telah hilang salah satu pancainderanya, maka mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Terdapat kelainan di antara orang yang buta sejak dilahirkan dan orang yang buta sewaktu pertengahan hidup.

Abang Nasri menyatakan jika bukan kerana ajakan kawan untuk solat di situ, beliau mungkin solat di masjid berdekatan dengan kediaman beliau sahaja.

Apabila pergi ke masjid tersebut, beliau dipimpin oleh rakannya. Setelah selesai solat, kawan hilang, selipar Abang Nasri entah ke mana.

Kasihan… Beliau berkata itulah kali pertama dan terakhir untuk beliau menjejakkan kaki ke masjid tersebut. Selesai solat, Abang Nasri menggunakan tongkat untuk berjalan.

Kerana buta, beliau terus berjalan tanpa arah tuju, tanpa pimpinan daripada sesiapa. Akibatnya, beliau terlanggar orang yang sedang melakukan solat sunat selepas solat Jumaat.

Malah, beliau terlanggar seorang pakcik yang sedang enak beradu menggunakan tongkatnya. Untuk mengelakkan sebarang benda buruk terjadi lagi, beliau bergerak ke tepi untuk mencari dinding.

Sambil bergerak maju ke depan, beliau meraba dinding masjid bagi mengelakkan ‘kemalangan’ lagi. Malang tidak berbau, Abang Nasri terpijak kaki seorang jemaah yang sedang tidur. Malah, beliau terdengar suara budak- budak berkata “Tepi, tepi, ada orang buta nak lalu.”

Daripada luahan hati Abang Nasri, saya mendapat idea. Pelbagai perkhidmatan disediakan untuk kemudahan orang kurang upaya (OKU) seperti tandas, tangga dan keretapi (contohnya Putra).

Apakata kalau dijadikan setiap masjid di negara ini mesra kepada golongan seperti Abang Nasri? Ataupun mesra untuk semua OKU?

Ini hanya idea dan angan- angan saya sahaja. Sekiranya ada tindakan, alhamdulillah. Sekadar mengambil motto BersamaMu di TV3 “Hulurkan Tangan, Ringankan Beban.”

Perkataan ‘tangan’ bukan sahaja merujuk kepada tangan. Bahkan ia juga boleh membawa maksud ‘sumbangan’ dan ‘bantuan’.

 
1 Komen

Posted by di Jun 7, 2007 in Kisah Hidup

 

One response to “Kisah Si Buta

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: