RSS

Cek atau Pengalaman?

08 Jun

Setelah menunggu 3 minggu, akhirnya pada 5 Jun 2007 saya menerima cek hasil daripada kerja menulis. Jumlah yang tertera di cek tersebut hanya mencukupi untuk membayar bil telefon bimbit saya selama sebulan sahaja.

Teringat kata- kata guru yang mengajar pelajaran Ekonomi Asas sewaktu saya di bangku sekolah dahulu. Puan Azizah namanya.

Beliau berkata “Ada orang bekerja kerana upah, ada kerana minat, ada yang nakkan faedah, nak buat kebajikan pun ada. Jika minat seseorang diletakkan di tempat utama, beliau tidak kisah walaupun dibayar murah.”

Apabila dikira- kira, hampir setahun saya bekerja di Pejabat Perhubungan Awam (PRO), UIAM. Pada awalnya, bekerja hanya suka- suka sekadar untuk mengisi masa terluang dan memenuhi minat di dalam bidang penulisan.

Malah, selama 4 bulan saya bekerja di sini tanpa gaji untuk membuktikan pada Puan Ita (bukan nama sebenar) bahawa saya boleh menulis dan memenuhi kriteria PRO untuk menjadi seorang penulis berita.

Akhirnya pada akhir tahun lepas (kalau tidak silap, pada Disember 2006), saya telah dilantik secara rasminya sebagai pencari berita untuk PRO.

Sekiranya saudara/ saudari mendengar jumlah bayaran saya terima bagi setiap berita yang dihantar, perkara pertama yang terpacul di fikiran saudara/ saudari adalah mengapa saya dibayar murah?

Berapa yang saya terima? Biarlah rahsia… Saya pernah bertanya kepada pihak berkenaan berhubung perkara ini. Jawapan yang saya terima adalah begini:

“Oh, we cannot give you a standard price for sending the news. You are a student, so we need to pay you based on the student rate.” (Oh,kami tidak dapat bayar kamu mengikut harga standard untuk setiap berita yang dihantar. Awak adalah pelajar, jadi kami bayar kamu mengikut harga pelajar sahaja.)

Mendengar penjelasan tersebut, saya terdiam…Lalu pergi meninggalkan pejabat itu.

Tidak mengapa saya dibayar murah. Saya hanya memikirkan inilah pengalaman yang tidak dapat dijual beli walau diletakkan apa- apa harga sekalipun.

Mungkin saya dibayar murah, tetapi pengalaman di sinilah yang akan saya gunakan sebagai sejarah, sebagai rekod untuk mengembangkan lagi minat dan bakat saya di dalam bidang penulisan, InsyaAllah.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 8, 2007 in Dari Kamar Office

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: