RSS

Harta dan Di Mana Penghujungnya?

11 Jun

Setiap hari saya akan menyelak surat khabar (biasanya Utusan Malaysia), mencari dan menambah data ke dalam kepala. Pada 9 Jun 2007, terdapat satu ruangan yang benar- benar mencuri minat saya untuk membaca keseluruhan artikel tersebut.

Ruangan tersebut merupakan keluaran khas, membincangkan projek pembangunan tanah wakaf (Bahagian Luar Negara, mukasurat 24- 26). Namun, saya lebih berminat untuk berkongsi info dengan saudara/ saudari mengenai seorang tokoh yang mempunyai harta yang banyak, bahkan ilmuwan dan tidak lokek untuk membelanjakan kesemua hartanya ke arah kebajikan.

Tokoh ini telah pun pulang ke rahmatullah 20 tahun yang lalu, tika berusia 80 tahun. Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy dilahirkan di Surat, Gujerat, India. Mempunyai kenalan dari seluruh dunia, fasih dalam pelbagai bahasa dan rajin membaca.

Bekas ahli perniagaan dan hartawan, di mana aset hartanya dilaburkan di dalam hartanah dan saham di dalam dan di luar negara. Pada tahun 1934, sebuah badan wakaf telah diwujudkan dan kesemua kekayaannya disalurkan untuk tujuan kebajikan.

Kehidupan beliau amat sederhana sehinggalah ke saat beliau menghembuskan nafas terakhir, tinggal di sebuah flat yang dipenuhi dengan buku- buku dan pelbagai bahan bacaan lain di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
 
Akhirnya, beliau menemui Yang Maha Kuasa pada 24 Januari 1987, keseorangan tanpa anak cucu. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau berhasrat agar keseluruhan hartanya (terdiri daripada hartanah dan akaun- akaun) diserahkan kepada Majlis Agama. Tujuh tahun selepas kematian beliau, barulah kesemua ini berjaya dilaksanakan.

Kisah beliau mengingatkan saya kepada salah seorang khalifah yang juga salah seorang sahabat karib Rasulullah SAW. Beliau merupakan seorang hartawan, tetapi membelanjakan kesemua hartanya ke jalan Allah SWT dan untuk tujuan kebajikan.

Dua kisah yang sama, cuma berlaku di zaman yang berbeza. Saya terfikir sejenak, sebuah hadis daripada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sebuah hadis yang ringkas tetapi dalam maknanya.

Nabi SAW pernah bersabda “Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan doa anak yang soleh yang mendoakannya”   

Alangkah bagusnya kalau setiap seorang daripada kita mempunyai sifat suka bersedekah… Tiada gejala miskin, InsyaAllah.

Renung- renungkan…(Pinjaman kata- kata daripada seorang ustaz di HotFM) 

 
2 Komen

Posted by di Jun 11, 2007 in Tokoh

 

2 responses to “Harta dan Di Mana Penghujungnya?

  1. Zamri Mohamad

    Jun 13, 2007 at 5:45 am

    Assalam alaikum, saudara ada simpan tak salinan akhbar tersebut untuk saya fotostat?

     
  2. writerdruid

    Jun 14, 2007 at 3:49 am

    Waalaikumussalam Tuan Zamri, terima kasih kerana singgah sebentar di blog saya. InsyaAllah, saya akan mencari keratan tersebut. Barangkali, keratan tersebut ada di rumah saya.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: