RSS

Tanggungjawab Seorang Blogger

11 Jun

“Seelok- eloknya blog kau kena update hari- hari untuk cipta followers. Bila kau dah ada pengikut, baru orang suka ikut blog kau. Apabila hits dah tinggi, kau sudah ada rekod yang baik dan ini dapat membantu kau untuk membuat buku di masa akan datang,”

Rasanya macam baru semalam mentor saya berikan amanat ini, tetapi hakikatnya sudah hampir setahun beliau berkata begitu kepada saya. Usia blog ini baru sahaja seminggu, tetapi alhamdulillah… Berjaya dapat hits yang agak tinggi.

Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada saudara/ saudari semua yang sudi singgah sebentar di blog setahun jagung ini. 

Fikiran saya terbang di awang- awangan, mencari idea dan memerah buah fikiran untuk menjadikan blog ini sentiasa ada pengikut tersendiri dan menarik untuk dibaca. Pernah terbaca di dalam buku pemberian mentor saya “Cari Duit: Cara Muudah Sebagai Penulis Bebas” karya Tuan Zamri Mohamad.

Di dalam buku tersebut, beliau menyenaraikan lapan cara yang boleh digunapakai untuk mencari idea baru.

Mengimbau memori sebelum saya menjadi seorang blogger. Dulu, dengan nada bongkak saya berkata “Apalah best buat blog ni? Tiada faedah pun. Buang masa nak kena update setiap hari.”

Itulah kata- kata yang saya ucapkan pada tahun lepas, sebelum menjadi seorang blogger. Kini, setelah memikul tanggungjawab sebagai seorang blogger, barulah saya mengetahui ‘kemanisan’ dan betapa besarnya tangggungjawab yang dipikul oleh seorang blogger.

Teringat kata- kata pujangga “Anda memerlukan masa 25 tahun untuk mencipta sebuah kejayaan yang besar. Tetapi hanya 5 minit sahaja diperlukan untuk memusnahkan kejayaan tersebut.”

Malah, selalu sahaja saya terdengar “Orang lebih memandang kualiti daripada kuantiti.” Untuk memulakan sesuatu, senang sekali. Untuk mengekalkan sesuatu, itulah yang menjadi cabaran terbesar bagi kita semua.

Dahulu, terdapat sebuah syarikat penjualan barangan eletrik jenama Malaysia. Di awal pembukaannya, memang ramai pelanggan datang dan membeli. Disebabkan syarikat tersebut tidak menyediakan perkhidmatan servis barangan eletrik, tidak pandai menjaga hati pelanggan, sistem penjualan dan pembelian yang tidak dikemas kini dari semasa ke semasa… Akhirnya syarikat tersebut gulung tikar.  

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 11, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: