RSS

Teman Tapi Mesra

14 Jun

Sewaktu kecil, saya tidak mengerti apa itu cinta. Perkataan seperti “Cinta itu buta” lagilah memeningkan kepala. Maklumlah, budak. Apa tahu… Kini, sewaktu saya meniti usia sebagai seorang remaja barulah saya faham dan mengerti, malah melalui sendiri ‘CINTA’, serta mencari apakah itu ‘CINTA’.

Saudara dan saudari sekalian, semalam saya amat sibuk di universiti. Sampaikan nak mengemas kini blog ini pun, tidak sempat. Sibuk kerana dua acara berlaku di dua buah tempat yang berbeza tetapi diadakan pada waktu yang sama. Apalagi, berkejar ke sana sini semata- mata untuk menjalankan tugas sebagai seorang pemberita.

Dua acara yang berbeza dari segi tempat, tetapi telah berjaya menemukan dua hati yang mempunyai banyak persamaan di zaman kampus dahulu. Seorang ketua dan seorang bos yang pernah ‘sehati sejiwa’ di waktu muda remaja. Kalau dahulu, pasangan ini amat rapat sehingga timbul pelbagai kisah tentang mereka.

Itu dahulu, sekarang… Tekanlah untuk baca lebih lanjut.🙂
 
Saya pergi ke salah sebuah program tersebut, dianjurkan oleh Persatuan A di mana saya pergi ke sana bersama salah seorang bos di tempat kerja saya. Eloklah jika saya namakan bos saya sebagai Puan Jeslina sahaja.

Sampai sahaja di tempat program, bermulalah sesi diskusi, bincang dan mencari jalan untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang perjalanan program pada malam tersebut.

Apa yang tidak kena, diperbetulkan supaya acara tidak kelam- kabut. Pertemuan ini berlaku antara ahli jawatankuasa program, penasihat program dan juga pegawai- pegawai dari tempat kerja saya.

Selesai sahaja mesyuarat tersebut, Puan Jeslina telah membuka cerita beliau. “Aliff, Dr. Mahmud (bukan nama sebenar) tadi, kitorang dulu memang rapat. Selalu ke sana sini, selalu jadi MC kat events together, sampai kitorang kena gosip la.”

“Kami memang dari universiti yang sama, tetapi entah macam mana setelah mendapat ijazah kami membawa haluan masing- masing. Beberapa tahun kemudian, saya ternampak nama beliau dalam senarai lecturer. Bila saya cari, tak sangka… Dunia ini memang kecil.”

“Takdir Tuhan menemukan kami semula… Tetapi pada waktu itu, saya telah berkahwin dan beliau pun sudah mendirikan rumahtangga. Yang saya rasa pelik sampai sekarang, kenapa dia suka heboh pada semua orang kisah kami dahulu.”

“Siap panggil sayang, sayang lagi. Eeeeiiii… Malunya Aliff. Tadi time meeting program, depan students dia panggil saya ‘sayang’. Ya Allah, malunya.”

Apabila saya amati kata- kata bos saya, agaknya inilah yang dimaksudkan ‘Teman Tapi Mesra’. Apabila saya melihat wajah Dr. Mahmud, saya hanya nampak wajah bos saya. Mungkin inilah penangan dari cerita bos saya. Kelakar pun ada bila teringat kembali.  

Apabila terdengar lagu ‘Saling Terpesona’ nyanyian Didie dan Yanie, secara tidak sengaja cerita dari bos saya menerjah ke dalam fikiran, membuatkan saya ketawa sendirian.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 14, 2007 in Dari Kamar Office

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: