RSS

Kerja Sambil Berjalan

15 Jun

Ah, leganya dapat jejak kaki semula di universiti. Semalam, Puan Jeslina (bukan nama sebenar) telah menghantar saya membuat tinjauan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), cawangan Kuantan. Dalam erti kata lain, pergi ke sana untuk membuat rencana mengenai sebuah muzium perubatan di sana.

Bertolak pukul 12:45 tengah hari, maka kami pun tiba agak lambat di sana. Sampai di sana pukul 3:30 petang, saya terus dibawa ke muzium tersebut. Inilah kali pertama saya tiba di Kuantan, inilah kali pertama juga saya tiba di UIAM kampus Kuantan dan inilah kali pertama saya berjaya masuk ke muzium perubatan.

Tak sangka, berjaya mencipta tiga rekod dalam hidup dalam masa sehari. Agaknya inilah yang dipangil rezeki. Apabila saya tiba di Fakulti Perubatan, En. Rizal (bukan nama sebenar) yang bertugas sebagai penolong pengarah di PRO terus membawa saya ke muzium perubatan.

Rasa bangga pun ada juga apabila masuk di muzium berkenaan, kerana saya boleh mengambil gambar sebanyak mungkin. Hakikatnya, kamera adalah salah satu barang terlarang di dalam muzium tersebut.

Tangkap sana, tangkap sini, akhirnya kerja saya siap sepenuhnya dalam masa 30 minit sahaja. Saya cuba menemubual penjaga muzium tersebut, tetapi disebabkan masa yang terhad maka saya hanya mendapat info yang sedikit sahaja tentang tempat berkenaan.

Selesai sahaja tugas, Abang Jazli (bukan nama sebenar) yang merupakan pemandu rasmi PRO terus menghala ke Cherating untuk menghantar En. Rizal ke seminar pula. Selepas menghantar beliau, kami singgah di sebuah pasar malam di Cherating. Sempat membeli baju dan seluar bundle serta borong 2kg keropok ikan untuk keluarga. Hahahaha 

Menaiki kenderaan sejauh 283km untuk pergi dan 283km lagi untuk balik, mengambil masa sekurang- kurangnya 3 jam untuk setiap perjalanan, buat kerja hanya 30 minit sahaja.

Alangkah indahnya hidup ini kalau semua kerja saya begini. Buat kerja sekejap, jalan- jalan yang lama. Sambil menyelam, minum air. Kami tiba di Gombak semula pukul 10:10 malam. Penat ada, kebas pun ada walaupun tidak memandu. 
      

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 15, 2007 in Dari Kamar Office

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: