RSS

Nafsu Di Tempat Kerja

17 Jun

Minggu ini sahaja, saya telah bekerja sambil melancong di Cherating dua kali. Baru semalam saya pergi ke Terengganu untuk pertama kalinya di dalam hidup. Pada awal perancangan, hendak menemani pegawai PRO mengambil bos kami di Cherating kerana menghadiri seminar.

Apabila saya masuk, abang Wan terus meminta izin daripada saya untuk pergi ke rumah asal beliau di Dungun, Terengganu Darul Iman. Sudah dinamakan rezeki, takkan saya nak tolak? Pergi pada hari Sabtu dan pulang pada hari yang sama. Penat tapi seronok. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu…

Akibat terlampau banyak masa dihabiskan untuk jalan- jalan, maka kerja di office tergendala. Saya membuat senarai kerja, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati saya masih berhutang 6 buah berita dengan bos, Pn. Jeslina. Malah, tarikh deadline juga sedang menghampiri.

Apabila difikirkan, memang penat. Sekiranya saya tidak berdisplin dan tidak bernafsu untuk bekerja, kerja akan bertambah dan tidak tahu bila pula akan siap.

Apa yang saya maksudkan nafsu bekerja ialah nafsu atau keinginan untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi berpandukan masa yang diperuntukkan dengan memberikan yang terbaik kepada majikan saudara/ saudari. Bukannya nafsu kebinatangan yang sering terpampang di dada akhbar masa kini.

Terus- terang saya katakana, saya ‘bernafsu’ semasa mencari berita, maka saya dapat melakukan sesuatu kerja dengan penuh minat dan fokus terhadap kerja dapat diberikan sepenuhnya. Malah, ‘nafsu’ inilah juga yang menjadi pendorong kepada saya untuk tidak kenal penat.

Saya ingin mengambil satu contoh supaya saudara/ saudari dapat hayati maksud sebenar ‘nafsu’ bekerja. Siapa yang tidak kenal Thomas Alva Edison atau lebih popular dengan nama Thomas Edison?

Beliau mencipta mentol lampu pertama di dunia. Tahukah kesengsaraan yang beliau hadapi sebelum terciptanya mentol tersebut? Beliau membuat 10 000 eksperimen sebelum mencipta mentol pertama di dunia. 

Malah, beliau mengorbankan masa selama 10 tahun melakukan pelbagai kajian ke atas tumbuhan yang mengeluarkan banyak lateks.  Kemudian, Thomas membuat klasifikasi kepada 17 000 jenis tumbuhan tetapi akhirnya hanya satu jenis tumbuhan sahaja yang digunakan.

Sesetengah daripada kita gemar membuat sesuatu kerja di saat- saat terakhir. Kalau boleh, tinggalkan. Tanamkan ‘nafsu’ bekerja di dalam diri. InsyaAllah, Tuhan akan memberikan ganjaran setimpal dengan apa yang diberikan oleh hamba- Nya.     

 
4 Komen

Posted by di Jun 17, 2007 in Dari Kamar Office

 

4 responses to “Nafsu Di Tempat Kerja

  1. "Puan Jeslina"

    Jun 29, 2007 at 7:55 am

    Tau takpe.. Banyak lagi yang menanti you….

     
  2. writerdruid

    Jun 29, 2007 at 8:47 am

    Dah agak dah, memang banyak kerja are waiting for me, bos. Artikel ini ditulis sebagai perangsang untuk semua kuat bekerja

     
  3. rm1juta

    Jun 30, 2007 at 1:34 pm

    Ingatkan nafsu apa tadi….Nafsu bekerja akan wujud jika pulangannya lumayan…

    http://rm1juta.wordpress.com/

     
  4. writerdruid

    Julai 3, 2007 at 10:31 am

    Ya betul kata tuan. Untuk mendapatkan pulangan yang lumayan, kita haruslah mempunyai nafsu untuk bekerja dengan lebih kuat.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: