RSS

Sebuah Dedikasi untuk Ayah

17 Jun

Tahun 1986, saya dilahirkan. Ketika itulah, seorang insan yang bergelar bapa datang dan melaungkan azan di telinga kanan saya. Sewaktu emak di dalam pantang, bapalah yang menjaga saya.

Apabila saya meragam pada tengah malam, kalau ibu tidak larat untuk bangun maka bapalah yang datang untuk menenangkan saya. Sama ada membuat susu atau menyelesaikan masalah ‘kolam’ yang saya buat di atas tilam, bapa akan cuba sedaya- upaya untuk menenangkan saya kembali.

Teringat di zaman kanak- kanak, apabila saya membuat onar di kelas tadika. Dimarahi oleh guru atas kesalahan yang saya sendiri tidak ingat. Ayah telah datang ke pejabat tadika untuk mendapatkan maklumat sebenar. Setelah perbincangan, kesalahan terletak di bahu cikgu terbabit dan akhirnya beliau dibuang kerja. Terima kasih ayah kerana mempertahankan anakmu.

Sewaktu emak sedang sarat mengandung anak yang kedua, ayah membeli sebuah kereta Mini- Minor yang berharga RM3000 tunai. Itulah kereta pertama yang saya naiki dalam sejarah hidup. Dua bulan selepas tarikh pembelian, hujan mencurah- curah masuk kerana bumbung bocor. Kemudian, kereta itu mula meragam.

Hantar pada mekanik, ayah kena tipu. Harga yang dibayar tidak setimpal dengan kerosakan kereta. Kasihan ayah…

Latar belakang akademik beliau tidak hebat kerana pada zaman itu, beliau sememangnya hidup dalam serba kekurangan. Ayah hanya belajar sampai Tingkatan 5. Sewaktu di Tingkatan 3, ayah bekerja menjual belon untuk menolong atuk dan nenek.

Anak sulung di dalam keluarga, membantu ibu dan ayah beliau menampung perbelanjaan 8 adik- adik beliau yang masih kecil. Setelah tamat persekolahan, beliau belajar kemahiran membaiki peralatan eletrik di samping bekerja.

Sewaktu atuk dan nenek menghadapi masalah kewangan, beliau telah mengeluarkan sejumlah wang yang besar dari akaun simpanannya untuk membina rumah sewa. Tujuan beliau hanya ingin membantu ibu dan ayah.

Tidak sampai 5 tahun rumah sewa tersebut didirikan, atuk mengupah orang untuk merobohkan rumah sewa hasil simpanan ayah. Kata atuk, nak bina rumah baru yang lebih besar di tapak rumah sewa tersebut.

Akhirnya, impian atuk untuk melihat ‘mahligai’ beliau menjadi kenyataan. Dan rumah sewa ayah dirobohkan. Kasihan ayah… Air mengalir deras dari mata saya setiap kali saya teringat peristiwa ini.

Sudah 12 tahun ‘mahligai’ itu tersergam indah, sehingga sekarang atuk masih berhutang dengan pihak bank kerana pinjaman yang dibuat untuk membina ‘istana’ beliau.   

“Aliff tengok adik bersukan ye. Bapa tak dapat tengok,” Rasanya macam baru sahaja semalam ayah mengeluarkan kata- kata itu, hakikatnya kata- kata itu telah diluahkan 10 tahun yang lalu. Dan itulah kata- kata terakhir beliau sebelum ayah memejamkan mata buat selamanya.

Ayah meninggal dunia kerana penyakit darah tinggi. Ketika itu saya berumur 11 tahun ditemani oleh 3 orang adik lelaki. Seorang lagi sedang nyenyak tidur di dalam perut emak, tidak sempat melihat wajah ayah. Ayah pergi menemui Yang Maha Esa, ketika berusia 39 tahun, meninggalkan seorang balu yang sedang sarat berbadan dua.

Andai kata saudara/ saudari masih lagi mempunyai ibu dan ayah, jenguklah mereka selalu. Luangkanlah masa bersama mereka, sekejap pun jadilah. Hargailah setiap saat kehadiran mereka di sisi saudara/ saudari kerana kita tidak tahu bilakah masa malaikat maut akan datang dan menunaikan kehendak Allah SWT.

Kini, adik saya yang paling bongsu berumur 10 tahun, maksudnya ayah telah pulang ke rahmatullah 10 tahun. Dalam erti kata lain, dalam masa 10 tahun juga saya dahagakan kasih seorang bapa dan belaian daripada manusia yang bergelar bapa. Al- Fatihah.

Nota: Artikel ini ditaip sempena menyambut Hari Bapa yang diraikan oleh semua penduduk sedunia.
 

 
3 Komen

Posted by di Jun 17, 2007 in Tokoh

 

3 responses to “Sebuah Dedikasi untuk Ayah

  1. lolita

    Jun 18, 2007 at 3:36 am

    Huhu.. Sedih baca artikel ni..😥 Sememangnya pengorbanan seorang bapa amat besar.

     
  2. Kak Ejad

    Jun 29, 2007 at 7:54 am

    Aliff, kuatkan semangat… I believe you akan jadi seorang bapa mithali disayangi anak-anak… Saya doakan semua yang terbaik buat you..

     
  3. writerdruid

    Jun 29, 2007 at 8:44 am

    Bapa mithali? InsyaAllah, saya cuba sedaya upaya ke arah itu bos

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: