RSS

Martabat Seorang Pekerja

18 Jun

Hari ini, seawal jam 7:30 pagi saya sudah menggalas badan bangun dari tilam yang empuk dan gebu. Biasanya, susah saya hendak bangun awal melainkan ada hal yang terpaksa dilakukan.

Hari ini, saya telah pergi ke sebuah acara yang cukup gilang- gemilang diadakan di salah sebuah tempat yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh saya menjadi seperti apa yang saudara/ saudari lihat saya sekarang.

Acara tersebut merupakan program penukaran nama Pusat Matrikulasi UIAM dan pemberian sijil oleh SIRIM Malaysia Bhd. kepada pihak Matrikulasi UIAM. Memang acara tersebut cukup meriah. Dengan makanan yang lazat, pemberian cenderamata yang menarik, backdrop yang cantik, persembahan multimedia yang mengagumkan…

Saya tidak rasa menyusahkan langsung bangun awal sekiranya inilah pemberian yang saya terima. Terima kasih pihak Matrikulasi UIAM kerana sudi menjemput saya menjadi sebahagian daripada penonton untuk program tersebut.

Setibanya saya di sana, saya bertemu dengan pak guard yang pernah membebel kerana melanggar peraturan sewaktu di matrik dahulu, saya bertemu semula dengan pensyarah saya yang cantik tetapi sudah pun bersuami, terserempak dengan pensyarah yang pernah melayan saya bagaikan menatang minyak yang penuh.

Malah, saya berjumpa dengan pensyarah yang pernah bertungkus- lumus mengajar saya subjek Bahasa Arab sehingga saya berjaya mendapat A untuk subjek tersebut. Terima kasih Ustaz Shafe’in!

Walau bagaimanapun, saya tidak pernah menjangka saya akan bertemu semula dengan seorang rakan sekolah menengah saya dahulu. Kalau dulu di sekolah, beliau terkenal dengan nama ‘budak bermasalah’ di kalangan rakan- rakan.

Boleh dikatakan setiap undang- undang sekolah yang digubal, beliau melanggarnya. Biarlah saya namakan beliau sebagai Lan sahaja. Lan merupakan anak kepada seorang anggota polis di Petaling Jaya. Sememangnya, kedudukan beliau sebagai anak polis seolah- olah ironi sekali dengan kegiatan yang beliau lakukan sewaktu di sekolah.  

Setelah 4 tahun kami tidak bersua, Allah SWT telah mempertemukan kami berdua pagi tadi. Kali ini, beliau sangat berbeza. Lan kini sedang bekerja sambilan sebagai pelayan di sebuah syarikat catering yang menyediakan juadah yang lazat untuk pelbagai program.

Alhamdulillah, sekurang- kurangnya beliau tidak menganggur atau melakukan jenayah. Apabila saya tanya tentang belajar, beliau berkata InsyaAllah tahun depan beliau akan menyambung pelajaran di Pulau Pinang.

Saya pun bertanya “Kenapa belajar jauh sangat? Belajar apa?” Dengan nada rendah diri dan muka tertunduk, beliau berkata “Ala, belajar gunting rambut je.” Kemudian tersengih- sengih seorang diri.

Perangai beliau membuat saya tertarik untuk bercerita di blog ini. Hina sangat ke pekerjaan sebagai seorang penggunting rambut? Rendah sangat ke taraf pekerjaan tersebut sehingga menyebabkan Lan tertunduk malu kepada saya?

Seandainya saudara/ saudari melakukan sesuatu pekerjaan yang rasa taraf pekerjaan tersebut amatlah rendah atau rasa kelayakan saudara/ saudari tidak setaraf dengan pekerjaan yang saudara/ saudari lakukan, fikirlah sekali lagi.

Beratus ribu graduan yang menganggur di luar sana, mereka memperoleh keputusan yang baik tetapi mengapa mereka tidak bekerja? Malah, dijangka jumlah graduan yang menganggur akan bertambah.

Jika dibandingkan nasib saudara/ saudari dengan mereka yang masih lagi mencari kerja, ternyata saudara/ saudari sepatutnya bersyukur dengan kerja yang dilakukan sekarang.   

Setiap orang memerlukan satu sama lain. Sekiranya orang bawahan tiada, janganlah fikir orang atasan mampu menempah kejayaan di dalam sesebuah organisasi firma. Tanpa pekerja, tiada bos. Tanpa bos, tiada pekerja kerana pekerja memerlukan seorang bos untuk memacu sebuah syarikat kearah kecemerlangan.  

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 18, 2007 in Cerita Teman

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: