RSS

Jerih- Perih Seorang Pemandu Teksi

19 Jun

Sudah agak lama saya tidak pulang ke rumah lewat malam. Rasanya sudah hampir 4 tahun lamanya saya akan pulang ke rumah sebelum Maghrib, tetapi malam tadi disebabkan banyak kerja yang tertunggak di office maka saya tiba di rumah pada pukul 12 malam tepat.

Selepas merehatkan diri di dalam Putra selama hampir satu jam (Dari Terminal Putra ke Taman Bahagia), akhirnya tiba di destinasi yang ingin dituju pukul 11:30 malam. Tengok di perhentian bas, nampaknya kena naik teksi.

Setelah menunggu untuk beberapa minit, barulah sampai kenderaan yang akan membawa saya pulang ke rumah. Sebaik sahaja memasuki teksi tersebut, mulut saya ini terlalu becok agaknya. Lantas sebuah perbualan yang singkat tetapi berisi terhasil di antara seorang pemandu teksi dan seorang pelajar.

Pemandu teksi bernama Uncle Leong (bukan nama sebenar) yang pada asalnya saya lihat senyap sahaja rupanya memang kaki bercerita. Umur beliau sudah mencecah 60 tahun dan memulakan pekerjaan sebagai pemandu teksi semenjak 20 tahun yang lalu.

Sambil bercerita, kami berdua mendengar lagu Taiwan nyanyian seorang penyanyi evergreen yang seusia dengan beliau. Walaupun Uncle Leong tidak fasih bertutur dalam bahasa Malaysia, setidak- tidaknya beliau berusaha untuk berborak dengan saya.

Di dalam perbualan tersebut, saya sengaja mengajukan pertanyaan mengenai pengalaman beliau yang sudah pun berkecimpung di dalam bidang pemanduan teksi selama 20 tahun. Uncle Leong memberitahu untuk sewa sehari, beliau terpaksa membayar RM50. Harga ini tidak termasuk dengan duit minyak serta harga maintenance sekiranya berlaku kerosakan.

Ini bermaksud dalam sebulan (30 hari) Uncle Leong terpaksa membayar RM1500 sebulan seandainya dia menyewa teksi tersebut setiap hari. Untuk seorang lelaki yang berusia separuh abad, jumlah ini agak mahal.

Beliau berkata pekerjaan sebagai pemandu teksi agak perit kerana hasil yang diterima biasanya tidak berbaloi dengan tenaga yang telah dicurahkan untuk mendapat seorang pemandu. Apabila ditanya mengenai keuntungan, beliau hanya tersenyum sahaja.

Selama 20 tahun memandu teksi, purata keuntungan untu ksehari adalah RM100. Paling tinggi pun, beliau hanya memperoleh RM120 sahaja. Tolak sewa RM50 sehari, Berapa sangat hasil yang dapat kemudian?

Kehidupan beliau yang bekerja sebagai pemandu teksi sepenuh masa selama 20 tahun menjadikan beliau seorang yang tabah dan tidak kenal penat. Tidur hanya untuk beberapa jam sahaja sehari, waktu lewat malam akan digunakan untuk jalan ke mana- mana yang beliau suka, dengan harapan ada pelanggan yang ingin menggunakan khidmatnya.

Beliau berkata walupun tidak minat bekerja sebagai seorang pemandu teksi, tetapi apakan daya. Umur beliau yang sudah lanjut membataskan peluang untuk mencari rezeki di tempat lain.

Siang bermain minyak, brek dan clutch, pada waktu malam beliau akan menjalankan rutin yang sama beliau lakukan di siang hari. Setiap hari, inilah jadual beliau yang akan diulang berkali- kali setiap hari. Alah bisa, tegal biasa.        

 
4 Komen

Posted by di Jun 19, 2007 in Tokoh

 

4 responses to “Jerih- Perih Seorang Pemandu Teksi

  1. Web Sutera

    Jun 20, 2007 at 6:11 am

    Teruskan menulis

     
  2. writerdruid

    Jun 20, 2007 at 1:53 pm

    InsyaAllah, saya akan menunaikan amanat tuan. Terima kasih tuan kerana sudi singgah sebentar

     
  3. aliman

    Jun 22, 2007 at 10:06 am

    Amanat ke dorongan? Hmmm

     
  4. writerdruid

    Jun 25, 2007 at 4:01 am

    Oh ya, dorongan. Terima kasih kerana membetulkan Tuan Zamri!

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: