RSS

“Keputusan Elok, Tak Guna Juga”

20 Jun

Hari ini merupakan tarikh keramat untuk adik saya yang kedua, Alham nama beliau. Masakan tidak penting. Hari ini adalah hari keluarnya keputusan dari kerajaan memberitahu ke mana beliau akan ‘dicampakkan’ bagi menyambung pengajian di dalam Kursus Pentadbiran Bisnes.

Emak berdoa agar beliau mendapat tempat di Universiti Malaya. Kita hanya merancang dan berusaha, Tuhan yang menentukan segalanya. Pagi tadi, emak menelefon saya menyatakan Alham dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dalam bidang Pentadbiran Bisnes.

Alhamdulillah, sekurang- kurangnya Alham dapat juga masuk Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Saya difahamkan penempatan para pelajar dan pengajian yang dipilih adalah berdasarkan prinsip meritokrasi.

Utusan Malaysia bertarikh 20 Jun 2007 (Merit, Program Pengajian Dipilih Penentu Masuk IPTA) ada menyiarkan mengenai dasar ini. Saya tertarik untuk berkongsi dengan saudara/ saudari mengenai sebuah perenggan di dalam artikel tersebut.

Ia menyatakan walaupun seseorang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PGNK) yang tinggi, belum tentu beliau mendapat pengajian pertama yang dipilih. Mengapa? Kerana pemilihan kali ini mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan bakinya adalah daripada kegiatan ko- kurikulum.
 
Hanya 10 peratus, tetapi kesannya cukup besar. Cukup besar untuk membuatkan seseorang tidak dapat panggilan daripada mana- mana tempat pengajian.

Kepada saudara/ saudari di luar sana yang masih belajar dan pada masa yang sama aktif menyertai persatuan, kelab, badan beruniform, organisasi atau apa sekali pun, syabas saya ucapkan! Teruskan usaha tersebut! Bukan mudah untuk memberi komitmen kepada banyak pihak.

Kepada mereka yang masih pasif dengan gerak kerja ko- kurikulum, saya sarankan saudara/ saudari sertai dari sekarang. Gunakan peluang sewaktu masih muda remaja, kerana zaman ini akan menjadi sebuah nostalgia yang tidak akan dilupakan sehingga ke akhir hayat. Percayalah…

Apabila saudara/ saudari sertai kegiatan yang berfaedah ini, secara tidak langsung pengalaman dan ilmu pengetahuan akan datang serentak. Pengalaman di dalam sesebuah persatuan mampu mengajar saudara/ saudari erti semangat berpasukan dan mengajar nilai bekerja sebelum saudara/ saudari menempuh alam pekerjaan yang sememangnya penuh dengan pelbagai cabaran.

Saya kenal seorang staff di universiti saya yang pada zaman belajarnya, beliau menghabiskan masa hanya untuk belajar. Tiada sukan mahupun menyertai apa- apa persatuan. Hasilnya, beliau mendapat keputusan yang baik di zaman tersebut. 

Itu dulu. Kini, di alam pekerjaan semua staff senior di tempat kerja beliau tidak menyukai kehadirannya kerana setiap keputusan yang dibuat adalah dilaksanakan atas keputusan beliau sendiri tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang terhadap orang lain.

Andainya beliau pernah terlibat dengan mana- mana persatuan, mungkin beliau akan bertindak lebih bijak di dalam membuat sesuatu tindakan, InsyaAllah.

Apabila saya berfikir tentang beliau, saya berkata sendirian “Kalau dapat keputusan elok pun tapi tak pernah join persatuan… Tak guna juga.”

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 20, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: